Jangan sampai baju raya kita tersama dengan jiran sudah, Ini tips memilih baju raya yang sesuai

Memang umum kita ketahui pemilihan busana raya sangat penting untuk keselesaan dipakai seharian. Setiap tahun perkara yang paling menjadi perhatian setiap kali tibanya lebaran adalah memilih dan membeli pakaian hari raya. Masing-masing teruja untuk mendapatkan persalinan baharu tetapi ia bukan tugas yang mudah sehinggakan masih ada yang belum membeli pakaian baharu menjelang Aidilfitri. Meskipun hari raya bakal disambut dalam masa beberapa hari lagi tetapi masih belum terlewat untuk membeli pakaian baharu dengan mengikuti beberapa tip ini agar tidak membuang masa di butik mencari persalinan yang berkenan di hati.

Fabrik yang sesuai

Aktiviti yang pada pada hari raya membuatkan badan mudah berpeluh dan sebab itu pilih busana yang mudah menyerap peluh dengan lebih cepat seperti fabrik kapas dan linen yang lebih sejuk. Warna neutral, sebagai langkah selamat, pilih warna neutral untuk pakaian hari raya anda dan ia boleh membuatkan penampilan seseorang lebih menyerlah di dalam keramaian orang. Jangan ikut trend, ramai yang gemar mengikut trend terkini ketika membeli baju sehinggakan kemungkinan busana digayakan sama dengan orang lain turut tinggi. Sebenarnya tak salah ikut trend tetapi biarlah ia bersesuaian dengan diri sendiri kerana tidak semua trend dan fesyen itu sesuai untuk setiap orang.

Praktikal dan selesa

Busana yang ringkas dan praktikal adalah pilihan paling terbaik ketika membeli baju kurung atau baju Melayu. Terlalu banyak perhiasan dan lapisan kain hanya akan membuatkan gaya anda serba tidak kena. Bak kata pepatah Inggeris, less is more. Sumber, mstar

Rasa Takut Nak Jumpa Bakal Mentua Raya Nanti, Ini Tips Berguna Untuk Mereka Yang Bakal Bertemu Mentua. Umum lagi memang kita ketahui detik pertemuan pertama dengan keluarga bakal mertua sememangnya agak merisaukan. Kena pulak kalau kita tak pernah langsung bersemuka atau hanya mendengar cerita sahaja berkenaan keluarga pasangan masing-masing. Sebut pasal pertemuan dengan keluarga bakal mertua ni, sebenarnya waktu yang paling sesuai adalah semasa hari raya. Bukanlah nak kata hari lain tak boleh, tapi kalau pergi masa raya, setidaknya kita punya ‘alasan’ yang kukuh untuk berjumpa keluarga ‘belah sana’. Takkan diorang taknak bagi orang datang beraya pulak kan. Untuk korang yang ada perancangan untuk berjumpa keluarga ‘bakal’ korang nanti, ini ada tips ‘Wow’ yang korang boleh try.

Jadi ‘busybody’

Biasanya orang akan cakap ‘kenal hati budi’ pasangan, tapi korang kena ingat jugak, korang juga kena amik hati bakal mertua korang nanti. Masa ni lah korang boleh jadi ‘busybody’. Perhatikan dan ambil tahu serba sedikit pasal keluarga pasangan korang tu. Contohnya cara diorang berbual ke, apa kesukaan dan sebagainya.

Jangan ‘Main Drama’

Ada pendapat yang cakap, korang kena pandai berlakon, tapi kalau ikut min, seeloknya jadi diri sendiri dan kalau nak berlakon pun, janganlah sampai hilang terus identiti diri sendiri korang. Sebab perkara ni, lambat laun orang akan tahu jugak perangai sebenar korang. Bawa Buah Tangan. Ha, walaupun nampak remeh, buah tangan ni kadang-kadang boleh jadi pembuka topik tau.Kena pulak korang beli sesuatu yang memang keluarga pasangan korang suka. Contohnya boleh la belikan kuih muih ke, coklat ke, atau apa sahaja yang sesuai.

Jangan Selekeh

Walaupun korang memang sejenis yang ‘tak siap’, tapi apa salahnya kalau untuk sehari korang pakailah yang senonoh sikit.Tak payah pakai sut lengkap pun, asal sedap mata memandang. Pakai t-shirt berkolar pun okay dah. Nak lagi ‘wow’, pakailah kemeja. Kalau gegirl pulak, pakai lah yang sopan-sopan sikit dan yang mana freehair dan nak rambut kekal wangi & cantik boleh cuba rangkaian syampu dari Summerie! Apa yang best, ia diperkaya dengan Minyak Jojoba & Minyak biji Bunga Matahari Organik supaya rambut korang kelak segar dan harum sepanjang hari. Terdapat 4 variasi kesemuanya.

Jaga Kebersihan Diri

Perangai dah dapat A, baju markah penuh, tapi tang kebersihan ‘sangkut’ pun tak boleh jugak. Kena pulak zaman pandemik ni, setidaknya kita jaga lah kebersihan. Kalau jaga diri sendiri pun tak boleh, macam mana nak jaga pasangan nanti ye tak. Setidaknya sabunlah badan masa mandi, baru rasa segar dan berkeyakinan sikit nanti. Sebab itu penjagaan kebersihan diri yang asas. Bercakap pasal tu, selain produk penjagaan rambut, Summerie juga ada rangkaian sabun mandi tau. Selain membersih, rangkaian produk Summerie ni diperbuat lebih daripada 94% bahan semula jadi, malah disertakan dengan kebaikan daripada minyak biji Bunga Matahari Organik, bebas silikon, paraben dan lain-lain. Paling penting, kesemua rangkaian produk Summerie ni bebas daripada sebarang unsur atau bahan daripada haiwan tau. Sumber, lobak merah