Tidak pernah ada hasrat untuk menang anugerah, Sekali ini yang Liza Abdullah dedahkan

Umum lagi memang kita ketahui dengan memegang watak popular iaitu Mak Leha lakonan Liza Abdullah dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 cukup meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Malah, Liza, 58, turut memenangi trofi Antagonis Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dan Watak Antagonis Terbaik di Anugerah Drama Sangat, disebabkan ‘kehangatan’ Mak Leha. Ditanya mengenai harapannya untuk terus merangkul kemenangan anugerah akan datang dengan watak itu, Liza berkata, dia tidak pernah meletakkan impian untuk menang trofi disebabkan watak berkenaan.

Katanya “Sebagai pelakon, saya hanya mencuba dan berusaha membawakan watak diberi sebaik mungkin termasuklah Mak Leha. Saya tak pernah simpan hasrat untuk menang anugerah. “Malah, saya juga melihat dua kemenangan diperoleh itu bukanlah satu kejayaan peribadi. Sebaliknya, pada saya ia adalah kemenangan yang hadir daripada semangat kerja berpasukan. Tanpa rakan sepasukan yang bagus tak mungkin saya mampu menang dua trofi dalam usia senja,” katanya.

Mengulas mengenai watak Mak Leha untuk 7 Hari Mencintaiku 3 yang dihasilkan sebanyak 35 episod, Liza berkata memang ada kelainan, tetapi penonton sendiri kena menontonnya dulu kerana musim kali ini berbeza. “Kena tonton dulu untuk tahu bagaimana sikap sebenar Mak Leha kali ini. Cuma, sebagai ibu sudah tentu Mak Leha sebaik mungkin cuba melindungi anak-anak dan keluarganya dari masalah. “Apapun, jangan terlalu mudah membuat kesimpulan untuk musim terbaharu ini kerana jalan ceritanya cukup menarik dan pelbagai. Tonton dulu dari awal hingga akhir sebelum nak buat spekulasi,” katanya.

Ditanya mengenai debarannya terhadap penerimaan penonton, Liza berkata, sudah semestinya dia risau kerana tanggapan penonton pada drama itu mungkin agak tinggi sebab dah masuk musim ketiga. “Bagaimanapun, saya cuba sebaik mungkin membawakan Mak Leha mengikut tuntutan watak. Seiring perjalanan waktu, Mak Leha agak tenang untuk menangani masalah yang muncul dalam keluarganya. “Namun, yang pasti saya seronok masih lagi dapat terbabit dalam pembikinan drama ini kerana banyak detik dirindui. Malah, hubungan saya dengan pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha juga rapat umpama satu keluarga.

Katanya lagi “Setiap hari berada di lokasi penggambaran memang terhibur. Ditambah, musim kali ini juga penggambarannya agak lama untuk disiapkan kerana akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19,” katanya. Drama 7 Hari Mencintaiku 3 arahan Jamal Khan kini ditayangkan di slot Akasia TV3, jam 7 malam. Skrip pula ditulis Siti Rosmizah Semail dan tidak lagi terkait novel seperti dua musim terdahulu. Selain Liza, Shukri dan Siti Saleha, drama ini turut menampilkan lakonan Kazar Saisi (Pak Samad), Wafariena Roslan (Nurul Ain), Wan Sharmila (Sofi Amylia), Syazwan Zulkifly (Helmi), Jaja Iliyes (Nadia), Bil Azali (Zaidi) dan ramai lagi. Sumber, harian metro