Kaum hawa wajib tahu hukum memakai wangian berlebihan. Ini antara sebabnya

Umum lagi kita ketahui memakai haruman seperti minyak wangi ini merupakan antara kesukaan kaum wanita mahupun kaum lelaki. Sama ada ianya bertujuan untuk menghilangkan bau badan, ingin kelihatan lebih bergaya, menaikkan keyakinan diri ataupun sebab-sebab lain, memakai minyak wangi sememangnya dapat mempengaruhi individu tersebut. Tetapi tahukah anda hukum pakai minyak wangi bagi seorang wanita dalam Islam. Mungkin terdapat sesetengah wanita beranggapan bahawa tidak mengapa sekiranya dia memakai minyak wangi dengan bau yang kuat beserta niat untuk mengatasi masalah bau ketiak atau badan dan secara tidak langsung ianya bertujuan untuk menarik perhatian orang lain, maka ianya dibolehkan.

Walau apa sekalipun tujuan anda memakai minyak wangi, ianya harus mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Tetapi, masih ramai yang memandang remeh akan hal ini dan menganggap ianya adalah perkara kecil yang tidak perlu dirunsingkan. Memakai minyak wangi bagi seorang wanita itu boleh menjadi harus, sunat, makruh dan juga haram bergantung kepada situasi dan tujuannya. Secara umumnya memakai minyak wangi adalah harus bagi seorang wanita. Seseorang wanita itu diharuskan memakai wangi-wangian ketika suami mereka berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Sunat bagi seorang wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Wanita juga disunatkan memakai wangi-wangian sebelum melakukan ihram.

Berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh bagi seorang wanita. Para ulama telah bersepakat dalam perkara ini. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan adalah fatwa Imam Syafie dan juga Qaliyubi yang menyatakan ‘makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Akan tetapi, hukum pakai minyak wangi bagi seorang wanita akan menjadi haram sekiranya ianya keterlaluan dan dipakai diluar rumah. Wanita yang memakai minyak wangi secara berlebihan di luar rumah akan menarik perhatian kaum lelaki. Ianya boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki. Oleh kerana itu, wanita dilarang untuk memakai minyak wangi yang terlalku kuat sehingga boleh menarik perhatian lelaki.

Alan Hirsch, MD Direction of Chicago’s Smell and Taste Treatment anda Research Foundation, berkata “Pleasant aromas can actually stimulates parts of the brain and directly connected to sexual desire…” Memakai bau-bauan yang terlalu kuat dan menarik perhatian mampu merangsang syahwat lelaki. Wanita yang memakai sebegitu disebut sebagai wanita penz1na. Abu Musa al-Asy’ari RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, ” Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita asing”. Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian (penz1na)” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Oleh itu, haram hukum pakai minyak wangi berlebihan bagi seorang wanita sekiranya dia memakai wangian tersebut terlalu kuat baunya, memakai wangian yang menarik perhatian lelaki ajnabi, memakai di khalayak ramai termasuklah di tempat kerja yang terdapat pencampuran lelaki dan memakai wangian kuat walaupun untuk ke masjid.

Hukum pakai minyak wangi bagi wanita dibolehkan sekiranya ianya tidak terzahir baunya. Hal ini juga adalah untuk menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada di khalayak. Hindari daripada menggunakan wangian yang terlalu kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajnabi yang boleh menyebabkan fitnah dan juga mengheret ke lembah maks1at yang lain. Secara kesimpulannya, wanita diharuskan memakai minyak wangi sekiranya ianya dipakai untuk perhiasan suami sahaja dan wangian yang sedikit untuk menghilangkan bau badan. Memakai minyak wangi yang dipakai ketika keluar rumah diharuskan sekiranya ianya tidak terlalu kuat. Sumber, seri wanita