Rupanya kaum perempuan lebih mudah sakit kepala berbanding lelaki, Ketahui sebabnya

Perhatian kepada semua kaum suami, anak dan bapa di luar sana, jangan buat perkara yang boleh sebabkan golongan wanita dalam keluarga anda sakit kepala. Ini kerana sebuah kajian dari Universiti Sains dan Teknologi Norwegian telah mendapati bahawa kaum Hawa adalah lebih mudah kena sakit kepala berbanding orang lelaki, lapor Mail Online. Sekumpulan penyelidik mendapati enam peratus atau lebih satu dalam 20 wanita mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya setengah bulan. Dalam masa yang sama, lelaki pula hanya 2.9 peratus yang alami sakit kepala. Bukan itu sahaja, kumpulan penyelidik yang sama turut meneliti kadar sakit kepala di peringkat global di mana perempuan adalah dua kali lebih mudah untuk terkena migrain.

Menurut mereka, salah satu sebab mengapa perempuan lebih mudah sakit kepala adalah mungkin kerana perubahan hormon iaitu oestrogen yang turun naik. Ini boleh menyebabkan sakit di bahagian kepala. Kajian itu telah diterbitkan dalam The Journal of Headache and Pain di mana mereka telah meneliti sebanyak 357 kajian atau kes yang berkaitan sakit kepala dari tahun 1960-an hingga hari ini. Selain itu, penyelidik turut menganggarkan seorang dari enam orang akan sakit kepala pada hari-hari yang tertentu. Dalam masa yang sama, mereka mendapati hanya 8.6 peratus kaum Adam yang menderita migrain manakala sebanyak 17 peratus golongan perempuan yang mengalami migrain.

Walau bagaimanapun, penulis-penulis kajian yang diketuai oleh Profesor Lars Jacob Stovner berkata angka yang ditemui mereka dapat kajian mungkin juga tidak begitu tepat kerana setiap kajian menggunakan kaedah yang berbeza. Namun, beliau berkata rawatan yang lebih baik dan langkah pencegahan perlu diambil agar masalah sakit kepala boleh dikurangkan. Sebab bila sakit kepala, nak buat kerja tak boleh dan kadang-kadang nak makan pun tak selera. Ini boleh jejaskan kualiti hidup kita.  Apa-apa pun, difahamkan, ada perempuan apabila menderita migraine, ia boleh berlarutan hingga tiga hari dan ada juga yang teruk kesannya sehingga muntah. So, korang jangan buat mak, isteri, girlfriend atau kakak korang stres tau, kesian dorang sakit kepala nanti. Sumber, lobak merah