Malaysia juga ada negeri paling gembira, Ketahui negeri paling gembira di Malaysia

Tahukah anda sesetengah orang lebih gemar menetap di kawasan kampung kerana lebih tenang dan tidak sesak. Manakala, sesetengah orang lebih gemar menetap di bandar kerana lebih banyak kemudahan dan bangunan cantik. Sebenarnya, kedua-dua kampung di bandar tidak menjadi masalah jika anda gembira menetap di sesuatu kawasan. Persoalannya di sini, gembirakah anda menetap disitu. Menurut kajian indeks kegembiraan, Ini antara negeri yang boleh dikatakan tenang. Menurut kajian, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis telah disenaraikan sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. Data ini dikongsi oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) baru-baru ini. Menurut data yang dikumpul, ketiga-tiga negeri ini mendapat markah 80% dan ke atas dalam Kajian Indeks Kegembiraan 2021 untuk bandar di Malayia. Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik mengulas pencapaian itu sambil berkata pembangunan setiap pekan di negeri itu dilaksanakan berdasarkan kekuatan dan kemampuan masing-masing.

Tambahan pula, ia dibangunkan berdasarkan tiga teras di bawah Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045. Jelas mereka lagi, “Tiga teras tersebut adalah untuk membangunkan daerah Seremban dan Port Dickson melalui Malaysia Vision Valley 2.0 menjadi bandar raya metropolis yang berdaya saing, inklusif dan bersih.” “Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol akan diperkasakan melalui pembangunan agropolis yang menggabungkan elemen pertanian dan Jelebu sebagai kawasan biodiversiti yang menekankan pemuliharaan sumber asli,” Dengan populasi sebanyak 1.2 juta, tujuh daerah di Negeri Sembilan memperoleh markah penuh dengan Tampin dinamakan sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia dengan markah 99.5%. Ikuti Rekod Ini. Antara daerah yang gembira ialah ,Jelebu (97.85%), Jempol (89.07%) dan kuala pilah (88.39%), port Dickson (85.76%), seremban (83.60%) mana kala rembau pula ialah (81.91%). Manakala di Melaka pula, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperoleh markah 91.97 peratus. MBSB berkata pihak mereka telah merangka strategi dan usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bagi memastikan negeri ini terus mencapai status bahagia.

Selain daripada MBMB, tiga lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mendapat markah tertinggi ialah majlis Perbandaran Alor Gajah (98.17%), majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40%) dan akhir sekali majlis Perbandaran Jasin (85.48%). Untuk Perlis pula, meskipun hanya mempunyai penduduk melebihi 254,000 orang, Perlis mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang setanding dengan negeri lain. Buat mereka yang menetap di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis, adakah anda bahagia. Sumber , lobak merah