Runsing tiada transport balik raya, Ketahui cara lain untuk balik raya dengan selamat selain bas

Memang sudah kita ketahui bila nak mula puasa ni, maka akan bermula lah episod ramai orang mula membuat persiapan bersedia untuk menyambut hari raya nanti. Masa ni lah kita boleh tengok tempat tumpuan macam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bazar-bazar raya, dan pusat beli belah akan penuh dengan orang ramai. Selain dari itu, ada seperkara lagi yang sentiasa bermain di fikiran orang ramai bila masuk musim perayaan ni adalah nak balik ke kampung halaman! Tapi biasanya, hujung-hujung nanti memang ramai tahu yang tiket bas atau kereta api akan habis. Kalau korang malas nak drive balik ke kampung disebabkan tak ada kenderaan atau kenderaan yang ada tu ‘meragam’ ni ada cara yang korang boleh cuba untuk balik raya tahun ini. Tumpang saudara mara, ini salah satu cara yang korang boleh ‘try’ untuk balik kampung tahun ni, korang carilah sesiapa dalam kalangan keluarga dan saudara mara yang nak balik ke kampung tu, dan tumpang je diorang tu. Tapi, cari saudara mara yang korang tahu kereta dia besar dan muat untuk korang ‘selit’ lah. Asalkan korang boleh sampai ke kampung. 

Guna teksi, e-hailing

Cara ni agak ‘keras’ modalnya, kalau kampung korang jauh, sebab korang sendiri pun tahu rate untuk teksi ni dia akan ikut jarak. Kalau setakat sekitar Kuala Lumpur atau Selangor mungkin ‘gagah’ lagi. Tapi kalau luar dari negeri korang, confirm ratus-ratus jugak sehala. Cuba ‘carpool’ dengan member, selain dari saudara mara atau e-hailing tadi, apa kata korang cari je kengkawan yang nak balik ke destinasi sama atau negeri sama, korang tumpang sahaja diorang dan mintak dia drop korang dekat mana-mana yang mudah untuk korang teruskan perjalanan. Lepas tu, korang ‘selit’ lah duit sikit untuk bayar minyak atau tol. Min yakin, ada je kawan-kawan korang yang balik kampung seorang dan nak kan ‘teman’ sepanjang jalan. Jadi, korang tawarkanlah diri. Sewa kereta je, ni pun selalu dan ramai je orang buat. Cari orang atau syarikat yang tawarkan sewaan kenderaan ikut hari. Walaupun bukan kenderaan sendiri, setidaknya korang ada ‘transport‘ untuk kemana-mana bila tiba di kampung nanti. Senang la nak ziarah raya. Selain tu, korang tak perlu berharap atau bergantung dekat siapa-siapa lah. Dah ada kereta sendiri kan, tinggal nak isi minyak dan bawak je.

‘GETRAYAREADY’ dengan GoCar

Kalau rasa cadangan yang last tu menarik, apa kata korang cuba sewa kereta tapi menggunakan aplikasi GoCar. Kalau korang nak tahu, sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, GoCar ada kempen ‘Get Raya Ready‘ yang bermula dari 1 April 2022 hingga 10 Mei 2022. Jadi, korang boleh ‘lupakan’ seketika masalah nak balik raya tu dengan gunakan kereta dari GoCar dengan harga serendah RM12.90 untuk sejam dan korang boleh kemana saja tanpa had jarak dan korang yang masih ‘P’ pun boleh tau. Ni contoh lah; min dari Damansara dan nak balik beraya dekat Alor Setar sana, ini jumlah bayaran yang min akan kena bayar untuk sewaan 3 hari adalah:

Paling best, sempena raya nanti, diorang ada tawaran seperti, tempah penggunaan kereta 2 hari, dapat tambahan 1 hari secara percuma, percuma payung GoCar (untuk 50 pelanggan pertama). Tawaran ini sah dari 1 April 2022 hingga 10 Mei 2022, manakala tempoh penggunaan adalah dari 1 April hingga 1 Jun 2022! Ini bermakna, korang boleh buat pra-tempahan seawal bulan April, dan gunakan kereta pilihan korang untuk balik raya Mei nanti. Nak penjimatan, jangan lupa gunakan kod GETRAYAREADY. Tapi, korang kena ingat, tawaran ini hanya untuk tempahan GoCar ‘Round Trip’ sahaja. Sumber: lobak merah