Mempunyai masalah gangguan bercakap, Kini Shila Amzah dedah anak mula tunjuk perkembangan positif

Umum lagi sudah kita ketahui dengan penyanyi berbakat tanah air, Shila Amzah berkongsi video perkembangan anak lelakinya Seth Uwais di Instagram semalam mendapat perhatian ramai peminatnya dan juga kaum ibu. Bangga Anak Dah Boleh Bercakap, wanita ibu tunggal ini berkongsi di media sosialnya, bahawa anak kesayangannya itu kini sudah mula bercakap secara perlahan-lahan. Shila yang bangga dengan perkembangan anaknya itu meluahkan rasa sebak melihat perubahan tersebut, kerana anaknya tidak mengucap sepatah perkataan sehinggalah bulan Januari tahun ini. “Seth perlahan-lahan menunjukan perkembangan dengan percakapan dia. Saya boleh cakap yang dia mungkin boleh sebut dalam 50 patah perkataan sekarang. Dia cuba yang terbaik untuk pencapaian dia dan saya tak pernah rasa bangga 100 peratus. Dengan kosong patah perkataan sehingga Januari 2022, sekarang dia dah boleh sebut perkara asas macam nombor, warna, bentuk, susu, tidur.. Saya menangis” dedahnya

Buka Cerita Tentang Anak

Gara-gara ramai yang bertanya tentang perihal masalah yang dialami anaknya itu, dalam muat naik terkini Shila, pelatun lagu Patah Seribu Hatiku ini membuka cerita mengenai isu tersebut di Instagram nya. “Ramai orang tanya pasal Seth punya lambat bercakap. Dia bakal berusia 3 tahun pada 31 Ogos. Saya diberitahu yang dia ada masalah deria. Sebab tu nak capai semua pencapaian macam budak-budak lain, Seth agak lambat dalam setahun lebih. Siapa-siapa yang tanya untuk pergi terapi tu, juruterapi takkan terus suruh buat terapi lambat percakapan dulu.. Akan mula dengan terapi kerja dulu, kemudian baru terapi percakapan.” kongsinya

Persekitaran Main Peranan

Dalam pada itu, wanita hebat ini juga mendedahkan bahawa persekitaran yang baik sangat memainkan peranan penting untuk tumbesaran anak. Shila akui setelah berpisah kini keadaan anaknya mula menunjukan perkembangan yang positif. “Masa Sha pergi periksa kat HUKM, doktor kata Seth ada kemungkinan austime dan itu masa 6 bulan lepas. Sebenarnya, persekitaran sangat memainkan peranan yang penting.. Bila tiada lagi anasir yang mengganggu tumbesaran dia, In sha Allah kita cuma kena sabar.. Seth dari tak ada pandangan mata, kita cakap pun dia taknak layan. Selalu dalam dunia dia sendiri.. Tak suka sentuhan fizikal.. Sekarang dia berkepit, peluk. Alhamdulillah.” kongsinya lagi

Rakan Artis, Peminat Titip Doa Dan Kata Semangat

Melihat kedua-dua hantaran yang dikongsikan penyanyi berbakat besar tanah air ini, membuatkan ramai rakan artis dan peminatnya menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk Shila dan juga Seth. “Alhamdulillah.. Yang lambat bercakap ni lah yang petah bercakap esok ni. Insyaallah..” “Syabas Seth, syabas ibu”,“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu dan Seth” komen mereka. Murai juga mendoakan agar Seth dapat petah bercakap kelak, insyaAllah. Sumber murai