Perkara ni memang relate dengan lelaki, Ini perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki

Memang tak asing lagi sebut sahaja tentang lelaki, pastinya kita boleh bahaskan 1001 perkara tentang mereka ini. Baik dari segi hobi, perangai, minat dan sebagainya. Tapi, suka min nak ingatkan, tujuan penulisan ni bukan nak ‘menghentam’ tau!  Selain itu, suka jugak nak ditekankan bahawa bukan semua lelaki macam yang min bakal ceritakan ni. Cuma, boleh dikatakan sebahagian besar mungkin pernah buat atau setidaknya ada dalam kalangan member lelaki korang yang berperangai sebegini. Kalau korang tak percaya, korang tengoklah perkara-perkara yang min nak senaraikan ini, dan korang cuba ingat balik. Ada tak dalam kalangan kawan lelaki ataupun korang sendiri yang macam yang min senaraikan ini.

Suka pakai satu baju je

Belilah berapa banyak pun, berjenama atau tidak, lelaki ni ada satu perangai yang lebih kurang sama dan boleh dikatakan ramai yang suka buat iaitu mengulang pakai satu baju sahaja. Contoh, baju tu dah dipakai pagi, akan dipakai sampai malam. Itu kalau tak kotor atau diorang tak melakukan perkara yang membuatkan diorang berpeluh. Kadang-kadang, kalau baju tu adalah baju yang dipakai untuk tidur, boleh dipakai 3 ke 4 hari! 

Lebih selesa ber-‘boxer’ dekat rumah

Cuba korang ingat balik zaman-zaman duduk rumah bujang atau dekat hostel dulu. Setidaknya mesti ada seorang kawan yang tak kira masa, dia selesa dan selamber je ber’boxer’ dalam bilik atau rumah korang tu. Biasanya,  ‘seluar dalam’ jenis itu mempunyai kain yang lembut dan selesa untuk dipakai tak kira masa. Kalau yang jenis pemalu sikit, dia akan berkain pelekat, tetapi tak berbaju. Hehe~

Ada satu kasut ‘lenjan’

Sama macam wanita, lelaki juga ada yang suka membeli banyak kasut. Cuma, banyak kasut tu sebab nak digunakan untuk tujuan lain-lain. Contoh, satu kasut untuk main bola, satu kasut untuk keluar jalan-jalan, satu kasut kerja. Tapi, percaya atau tak, lelaki ni mesti ada satu kasut yang sering dibuat ‘lenjan’? Kalau tak percaya, korang cuba tanya kawan lelaki korang dan kalau korang lelaki pun, korang akan setuju dengan min.

Asal boleh

Ha, ini min yakin ramai lelaki yang macam ini. Sikap atau jenis yang ‘asal boleh’. Bukan apa, kekadang kalau diperhatikan, lelaki ni diorang tak suka nak rumitkan keadaan. Contoh asal boleh ni, korang boleh tengok bila tanya pendapat diorang pasal warna mana lagi cantik, diorang mesti jawab, dua dua okay. Tak pun, bila tanya nak makan dekat mana, jawapannya mesti ‘ikut je’ atau ‘tak kisah’.

Itulah sabun, itulah syampu

Ini pun sejenis lelaki yang memang boleh dikatakan ‘tipikal’. Berkait dengan ‘asal boleh’ tadi. Mesti ada antara kawan lelaki atau korang sendiri yang pernah gunakan sabun sebagai syampu ataupun syampu sebagai sabun. Tapi sebenarnya tak elok buat macam tu, sebab setiap produk ni ada bahan-bahan yang mungkin terlalu ‘kasar’ untuk kulit muka dan ada juga yang dah dilengkapi dengan bahan khas untuk merawat masalah kulit kepala atau memberikan kelembapan pada badan macam produk CLEAR Men. Sumber, lobak merah