Kalini Adidas x Mars membuat satu kolaborasi menarik, Rupanya hasilkan kasut bertema MnM

Baru baru ini adidas Originals dan Mars, dua jenama terkenal dalam bidang masing-masing baru-baru ini telah mempersembahkan kerjasama baharu mereka. Mengambil ilham daripada pembungkusan yang boleh dikenali serta-merta, iaitu salah satu jenama gula-gula Mars yang ikonik, M&M’S. Sebagai drop yang pertama, adidas telah memilih adidas Originals Forum Lo 84 yang telah diberikan warna yang ceria dan cerah. Memberikan elemen ‘jenaka’ dan diluar kebioasaan, adidas Original Forum Lo M&M ini diperbuat daripada kulit berwarna kuning seakan-akan pembalut coklat kegemaran ramai tersebut. Ini dipadankan pula dangan logo ikonik 3-jalur adidas selain ada pelbagai lagi rekaan yang terperinci seperti huruf ‘M’ dikiri dan kanan kasut, bendera M&M’s yang boleh dikeluarkan dan pelbagai lagi.

Bercakap tentang kolaborasi dua jenama ikonik ini, Jane Hwang selaku Naib Presiden Pemasaran Gloibal Syarikat Mars Wrigley berkata pihaknya (M&M’s) sejak dahulu lagi komited untuk menyatukan semua golongan dengan membawakan keceriaan selain berbesar hati untuk berkongsi kejayaan kolaborasi ini dengan peminat mereka. Difahamkan, pemilik kasut edisi terhad ini boleh memberikan sentuhan peribadi mengikut citarasa mereka tersendiri. Ini kerana, setiap pasang akan didatangkan dengan set aksesori yang boleh dibuka. Ini termasuklah, 6 pasang tali, 19 penghias tali, 3 pasang tali alternative, 7 velcro bertemakan coklat. Lebih menarik, kasut edisi terhad ini juga akan didatangkan dengan kotak edisi terhad bewarna kuning terang. Rekaan ini tidak lain tidak bukan diinspirasikan oleh rangkaian pembalut coklat kacang M&M’S. Adidas Original Forum Lo 84 x M&M’S ini bakal dipasarkan pada 19 April 2022 seluluh dunia termasuik Malaysia. Pembelian boleh dibuat di laman web adidas selain di rangkaian butik adidas terpilih. Sumber, lobak merah