Ada yang pernah alami batuk batuk setelah makan kurma, kenalpasti apa yang anda perlu lakukan sebelum makan kurma

Bulan Ramadan ini buah kurma merupakan antara makanan yang sangat sinonim dengan bulan puasa, malah kita disunatkan untuk berbuka dengan beberapa biji buah dari timur tengah itu. Pun begitu, kadangkala ada yang makan kurma ini dan tiba-tiba terasa gatal di tekak dan ada juga yang perutnya menjadi sedikit tidak selesa. Perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan punca badan anda mempunyai reaksi yang sebegitu dalam laman Facebook mereka.

Difahamkan, buah kurma yang dibeli perlu dibasuh dahulu kerana ia mungkin mengandungi pasir dan kekotoran ketika dalam proses mengimport. “Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.” Dalam posting Facebook itu juga, anda disarankan untuk merendam kurma di dalam air garam selama 5-10 minit dan ditoskan selepas itu, bilas semula dengan air biasa dan toskan. Elok juga selepas itu dijemur di bawah cahaya matahari untuk mendapatkan kurma yang lebih juicy. Lepas ni, jangan ambil mudah ok? Sumber, Lobak Merah

Patutlah Harga Kurma Ajwa Mahal, Rupanya Banyak Khasiat Yang Kita Perlu Ketahui

Memang sudah kita ketahui setiap kali tibanya Ramadan, buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa. Menjengah ke pasaran tempatan, terdapat pelbagai jenis kurma seperti Rabbi, Mazafati, Medjool, Safawi, Sayer, Zahidi, Nour, Dayri, Ajwa dan sebagainya. Salah satu yang paling popular dan menjadi pilihan adalah kurma premium Ajwa yang pertama kali ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Ia juga adalah kurma kegemaran Baginda kerana terdapat pelbagai manfaat luar biasa untuk kesihatan. Memiliki rasa yang tidak terlalu manis dan sedikit masam seperti kismis, isi kurma Ajwa sangat lembut apabila dikunyah.

Menghindari daripada sihir dan sebarang racun

Dalam sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut,” [Riwayat al-Bukhari (5445) dan Muslim (20547)]. Hal ini kerana kurma Ajwa memiliki kandungan protein, asid folid, zat besi, kalsium, dan antioksida yang cukup tinggi. Meningkatkan kesuburan dan membantu ibu mengandung serta menyusu, dengan kandungan nutrisi dan mineral, kurma Ajwa terbukti mampu meningkatkan hormon libido dan mempercepat pembuahan rahim wanita. Dalam erti kata lain, Ajwa mampu digunakan untuk perbaiki kesuburan lelaki dan wanita. Zat oksitosin dalam kurma ini sangat membantu tatkala proses persalinan serta merangsang pengeluaran susu ibu.

Melancarkan proses pencernaan

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, kurma Ajwa adalah solusi yang sesuai untuk pencernaan kerana mempunyai serat larut yang tinggi. Selain itu, pengambilan kurma ini boleh dijadikan makanan untuk diet kerana ianya mampu mengenyangkan perut anda. Meningkatkan daya tubuh badan, kurma Ajwa ini penuh dengan khasiat vitamin A, B, C, E, hingga K. Ia bagus untuk menjaga kesihatan kerana mampu menjaga sistem imunisasi badan. Antioksidan yang terdapat di dalam kurma ini mampu melindungi badan daripada penyakit dan virus.

Menstabilkan tekanan darah, menjaga kesihatan jantung, dan mencegah diabetes

Manfaat kurma Ajwa mampu menurunkan tekanan drh. Khasiat ini didapati dari kandungan serat dan mineral seperti zat besi dan potasssium. Selain itu, ia mampu melancarkan sistem peredaran dengan mencegah sakit jantung dan strok. Bagi mencegah diabetes, kurma Ajwa mempunyai kandungan gula monosakarida. Gula ini tergolong dalam golongan paling sederhana yang tidak dapat dipecahkan. Serat tambahan dalam kurma ini telah menunjukkan impak positif kepada sakit diabetes. Sumber, mstar