Pertandingan cipta arca rambut beku yang paling pelik. Ketahui perayaan unik dan pelik disambut negara ini

Pada setiap tahun, kita pasti akan menyaksikan beberapa perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kemeriahan sesebuah perayaan itu dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia, kadang-kadang ada juga yang sambut bersama tanpa mengira perbezaan agama dan budaya. Semua kita share!

Las Bolas de Fuego, El Salvador

Setiap tahun pada petang 31 Ogos, penduduk Nejapa berkumpul untuk melontar bola api sempena memperingati letusan gunung berapi El Playon pada tahun 1658. Sejarah menyatakan bahawa bencana alam itu memaksa penduduk kampung di bandar lama itu melarikan diri dan menetap di lokasi mereka sekarang. Hari ini, penduduk berpecah kepada dua pasukan untuk melukis muka seperti tengkorak dan memulakan perayaan dengan membaling bebola api minyak tanah sebesar tapak tangan ke arah pasukan lawan. Walaupun berbahaya, Las Bolas de Fuego telah berjalan selama lebih daripada 100 tahun sekarang dan termasuk antara festival luar biasa teratas di seluruh dunia.

Boryeong Mud Festival, South Korea

Bersedia untuk memercikkan lumpur di Boryeong Mud Festival! Terletak 200 kilometer dari Seoul, kampung Boryeong terkenal dengan produk kosmetik berasaskan lumpur. Difahamkan, perayaan tersebut dicipta untuk tujuan pemasaran pada tahun 1998 kemudiannya bertukar menjadi sebuah festival yang disertai berjuta-juta pelawat setiap tahun. Walaupun merendam diri dalam lumpur kelihatan agak ganjil, lumpur Boryeong dikenali dengan kekayaan mineral semula jadi dan nutrien yang mempunyai manfaat luar biasa untuk kulit. Perayaan tahunan yang diadakan pada bulan Julai ini berlangsung selama sepuluh hari berturut-turut, terdapat juga aktiviti lain seperti kolam lumpur, gelongsor lumpur dan ski lumpur.

Lopburi Monkey Banquet, Thailand

Lopburi Monkey Banquet yang juga dikenali sebagai Festival Bufet Monyet diadakan untuk  membawa tuah kepada kawasan itu dan penduduknya, Wilayah Lopburi di utara Bangkok menyediakan bufet besar yang terdiri daripada 4,000 kilogram buah-buahan, sayur-sayuran, kek dan gula-gula untuk diberi kepada 2,000 hingga 3,000 monyet setiap tahun. Perayaan ini pertama kali diadakan pada tahun 1989, dikendalikan oleh ahli perniagaan tempatan yang memikirkan cara unik ini untuk mengucapkan terima kasih kepada monyet-monyet di situ kerana menarik pelancong datang. Untung monyet dekat situ!

International Hair Freezing Contest, Canada

Musim sejuk di Amerika Utara boleh jadi sangat teruk sehinggakan jika anda melangkah keluar rumah tanpa penutup kepala, rambut anda akan membeku! Terinspirasi daripada kesejukkan itu, Kanada mencipta sebuah festival dimana peserta bertanding mencipta arca rambut beku yang paling pelik. Setiap tahun, bandar Whitehorse, Yukon mengadakan Peraduan Pembekuan Rambut Antarabangsa. Pertandingan tahunan itu menyaksikan peserta merendam kepala mereka di dalam air, dan apabila dinaikkan suhu sejuk di luar perlahan-lahan akan mula mengukir rambut mereka. Perayaan luar biasa ini diadakan pada bulan Februari dan pemenang diumumkan pada bulan Mac.

Battle of the Oranges, Ivrea

Bandar Ivera, Itali mengadakan food war terbesar di mana mereka akan menembak hampir 600,000 kg oren sesama sendiri untuk meraikan Shrove Tuesday yang merupakan karnival bersejarah yang popular di bandar itu. ‘Pertempuran’ itu bertujuan untuk mencipta semula pertempuran abad ke-12 antara penduduk tempatan dan tentera Napoleon Diraja. Pasukan aranceri (pengendali oren) berjalan kaki melontar oren (mewakili senjata dan batu lama) terhadap aranceri yang menaiki kereta (mewakili barisan zalim). Menarik eh!

Air Guitar World Championship, Oulu

Setiap tahun, pemuzik instrumen halimunan yang paling mahir di dunia akan berduyun-duyun ke Finland untuk membuat persembahan bagi Air Guitar World Championship. Para peserta akan berentap memainkan gitar elektrik halimunan dengan gaya rock atau heavy metal dan sering digandingkan dengan nyanyian yang kuat. Perayaan ini bermula pada 1996 untuk mempromosikan keamanan dunia dan ia adalah antara pertandingan paling hebat yang popular di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Jepun, UK, Kanada dan New Zealand. Sumber, lobak merah