Teliti tawaran gara gara satu sebab ni, ini penjelasan Nelydia Senrose

Imej baharu bukan batasan untuk terima tawaran berlakon. Penampilan baharu dengan imej bertudung tidak menjadi alasan pelakon Nelydia Senrose meletakkan batasan dalam memilih tawaran bekerja. Bagi Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 27, dia terbuka untuk menerima mana-mana watak selagi ia tidak keterlaluan. “Walau sebelum bertudung pun saya sentiasa terbuka untuk terima melakukan sesuatu yang baharu. Sekarang ini saya tidak meletakkan sebarang limitasi dalam tawaran berlakon selagi ia tidak melanggar batas atau keterlaluan,” katanya. Bagaimanapun adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak yang sama dan memilih sesuatu yang mampu memberi impak kepada penonton.

“Apabila usia semakin meningkat, kalau boleh saya tidak mahu hanya melakonkan watak sama sahaja. Bukanlah bermaksud terlalu memilih, cuma jika menerima sesuatu tawaran itu saya akan teliti dahulu agak watak yang diberikan boleh memberi impak kepada penonton,”jelasnya. Nelydia ditemui ketika sidang media drama terbaharunya berjudul Khilaf Asmara yang berlangsung secara atas talian pada Selasa.

Walau sebelum bertudung pun saya sentiasa terbuka untuk terima melakukan sesuatu yang baharu

Bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama ini menjadi satu pengalaman sangat berharga buat Nelydia. “Sejak kecil lagi saya menonton lakonan Fasha dan sehingga kini dia masih relevan. Itu adalah satu kejayaan besar sebagai seorang pelakon. Gementar juga hendak bekerja sama, namun dia banyak berkongsi ilmu agar babak kami berdua berjaya dihidupkan. Satu pengalaman berharga apabila diberi peluang berlakon dengan Fasha,”ujarnya. Drama yang bakal memulakan siaran pada 18 April ini turut menampilkan pelakon Fattah Amin dan Fahrin Ahmad. Sumber, Mstar

Nelydia Senrose kini berhijab?

Poklip sudah lama tidak nampak kelibat pelakon, Nelydia Senrose di layar kaca. Rasanya kalau ada pun, boleh kira dengan jari. Dia seperti memilih untuk tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan. Mungkin Poklip sendiri sudah lama tidak menonton drama tempatan. Bukan apa, kadang-kadang naik muak. Jalan cerita, lakon layar hampir sama. Jadi kita sendiri bosan. Berbalik kepada Nelydia, Poklip meneka dia sekarang sudah bijak memilih naskhah. Tidak mahu lagi watak yang lebih kurang sama. Sebab itu jarak masa dramanya agak jauh.

Cuma Poklip dengar-dengar juga, sebenarnya Nelydia sekarang dikatakan sudah berhijab. Tetapi dia didakwa masih belum selesa untuk berkongsi berita gembira itu secara umum. Kalau betul seperti yang dikhabar, itu satu berita baik. Bukan apa, kita seronok melihat ramai artis memilih untuk berhijab sekarang. Satu imej baharu yang menggembirakan hati semua orang. Poklip faham juga kalau benar Nelydia sudah berhijab namun tidak mahu menghebah-hebahkan berita itu lagi. Mungkin dia sedang menyesuaikan diri dan mahu menikmati kegembiraan itu bersama suami serta keluarga rapat.

Nelydia seperti yang kita tahu pun memang bukan seorang yang suka mencanang cerita. Dia seorang yang pemalu dan lebih suka sibuk dengan hal sendiri. Kontroversi pun boleh kira dengan jari. Apa pun, kalau benar dakwaan tersebut, Poklip doakan agar semua urusan Nelydia dipermudahkan. Malah, Poklip doakan juga untuk semua anak seni yang sedang berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang baik. Amin. Sumber, Utusan