Dah tak nak buat content prank, kini Zarol Zarif akui dah serik lepas benda ni berlaku

Zarol tidak mahu membuat content prank dengan selebriti lebih berpengalaman. Pernah menimbukan kemarahan penyanyi Cat Farish gara-gara membuat video ‘prank’, penyanyi Zarol Zarif mengakui dia kini sudah serik untuk membuat kandungan sebegitu. Menurut Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, dia juga mengambil langkah mengurangkan video seperti itu di YouTube kerana beranggapan sudah tidak bersesuaian.

“Ikutkan masa awal-awal kami buat content prank macam okay, tapi sekarang ini lepas ada isu kata buat prank itu berdosa, kami dah kurangkan content sebegitu. Sekarang lebih kepada buat content cabaran makan. Dulu awal-awal orang boleh terima prank tapi sekarang dah tak ada. Saya pun dah tak berani nak buat prank sebab pernah ada isu dengan Cat Farish. Itulah kali terakhir saya buat content itu. Kalau sekarang nak buat pun, hanya antara kami kawan-kawan saja… boleh kata saya serik juga la,” katanya. Penyanyi lagu Kan Kan itu ditemui di majlis berbuka puasa bersama artis naugan Ace Talent dan pelancaran lagu Ootd Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kalau sekarang nak buat pun, hanya antara kami kawan-kawan saja.

Sebelum ini, Cat pernah meluahkan rasa berang terhadap Zarol yang datang ke studio hanya untuk membuang masa dengan membuat content prank. Zarol mempunyai saluran YouTube bersama tiga rakannya, Ecah Daud, Maksom, dan Amri Aziz iaitu Cikidot Channel yang kini mempunyai lebih 1.15 juta pengikut. Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini mengakui mencipta kontroversi merupakan salah salah cara untuk seseorang itu dikenali pada zaman kini.

“Sejujurnya memang zaman kena lakukan sesuatu untuk dikenali. Sebab kalau kita tak buat sesuatu yang pelik atau kontroversi, memang orang susah nak nampak. Apatah lagi macam saya ini yang dah lama berhenti menyanyi dan baru sekarang nak kembali balik dalam bidang ini. Jadi, saya kena ada something untuk orang kenal. Ramai orang yang kenal saya sebagai YouTuber… bukan penyanyi. Bila tahun lalu ada lagu baharu, barulah orang perasan yang saya pernah jadi peserta AF,” ujarnya. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.