Terkejut bila warganet pertikaikan harga baju Ds Ismail Sabri, sekali bila tengok harga bukan calang calang lagi

Baju yang dipakai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo pada hari Rabu menjadi buah mulut pengguna media sosial. Warganemendakwa bahawa baju bercorak hitam, biru dan putih itu adalah daripada jenama mewah British Burberry, dan berharga empat digit. Menurut laman web Burberry Malaysia, baju itu berharga RM5,500. Penerangan baju itu menyatakan bahawa ia diperbuat daripada kapas tenunan Itali, dan mempunyai butang ibu-mutiara, dan dibuat di Itali. Tidak dapat dipastikan sama ada baju yang dipakai Ismail asli atau tidak. Bagaimanapun, ramai warganet menyatakan rasa terkejut dengan kos baju itu, dan ahli politik pembangkang turut serta menyindir perdana menteri.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata Ismail kelihatan berpakaian untuk pertunjukan fesyen dan bukannya pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Secara kebetulan, ciapan promosi Netflix Malaysia untuk musim terbaru siri Stranger Things, memaparkan pelakon Caleb McLaughlin memakai baju corak yang sama seperti Ismail. Ini bukan kali pertama pilihan fesyen Ismail mendapat perhatian. Semasa sekatan pergerakan pada 2020, warganet rajin menjejaki koleksi baju batik Ismail yang akan dipakainya semasa sidang akhbar hariannya. kredit, mkini

Jovian Baru Je Cakap Nak Banteras Mask Hauk Di Pasaran, Tapi Ini Pulak Yang Jadi Masa Tokti Pakai Pelitup Muka Jovian. Pereka fesyen terkenal dan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Jovian Mandagie tampil bersuara selepas pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan pada 5 Mac lalu mengenai semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd . Menerusi Insta Stories, Jovian turut meminta orang ramai untuk tidak panik kerana undang-undang ini hanya akan dikenakan mulai 4 Julai. Malah, dia turut menjawab persoalan orang ramai mengenai adakah pelitup muka keluaran syarikatnya selamat dipakai walaupun tiada perakuan SIRIM.

“Tidak perlu panik , undang-undang ini akan dikuatkuasakan dari 4 Julai. Banyak yang tanya Jovian Mask macam mana? Tak ada sirim, tak selamat dipakai! Jovian Mask selamat dipakai malah diiktiraf olef MDA (Medical Device Authority) sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.”-Kongsi Jovian. Tambahnya lagi, Jovian turut berkongsi pendapatnya mengenai tujuan perakuan SIRIM yang dilakukan untuk membanteras pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran. Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada MDA Certs. So in future, sama ada anda ada MDA Certs atau SIRIM, baru anda boleh jual face mask. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak.”-Jovian Mandagie

Namun begitu, tular satu rakaman di mana penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhliza mencuba pelitup muka keluaran Jovian Mandagie. Namun begitu, tali pelitup muka tersebut telah putus lalu menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet. Tidak pasti bila video tersebut tular, tapi yang pastinya kenyataan Jovian sebelum ini mengenai Sirim dibuat untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran, buat segelintir warganet tidak berpuas hati “Hauk betul mask kau bang.…” sindir seorang warganet. Baru-baru ini Kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka bukan perubatan yang sepatutnya pada 5 Julai ini kepada 1 Januari depan. Klik sini untuk lihat video.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit. “Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini hari ini. Sesi khas itu membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011. Mengulas lanjut, Alexander berkata, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM. “Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan” katanya. kredit, kosmo, amran fans