Lepasni turn belah isteri pula, Kaum lelaki patut tahu tips ni untuk beraya dengan keluarga belah isteri

Ini perkara yang selalu kita abaikan. Tahukah anda lelaki juga perlu pandai ambil hati mentua. Bagi lelaki yang pertama kali menyambut raya di rumah keluarga isteri, ada benda perlu diberikan perhatian. Syawal tahun ini barangkali bertambah manis bagi pasangan baru berkahwin yang pertama kali menyambut hari raya di rumah keluarga mentua. Bagi kaum suami yang pertama kali berhari raya di rumah sebelah isteri, ia mungkin situasi yang janggal apatah lagi sebagai seorang lelaki perlu bijak membawa diri agar tidak dilabel sebagai sombong atau tidak pandai bergaul. Mana tidaknya, pada hari rayalah semua sanak-saudara akan berkumpul dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah jumpa atau berbual. Menerusi perkongsian di Facebook Fdaus Ahmad, jejaka ini berkongsi beberapa tip agar kepulangan buat kali pertama berhari raya tidak bertukar janggal.

Tunjuk bakat memasak

Tunjukkan bakat memasak anda walaupun satu resepi. Pastikan anda benar-benar mahir dalam menyediakan masakan itu sebagai contoh nasi beriyani. Apabila pulang ke kampung isteri, tawar diri untuk masak menu tersebut dan sekiranya sedap, InsyaAllah masakan itu akan membuatkan diri anda diingati. Malah jangan terkejut jika pada hari raya berikutnya, sanak saudara akan request masakan sama!

Tawar diri beli barang

Sekiranya hendak keluar membeli sesuatu, pastikan anda bertanya kepada ibu mentua atau ipar mungkin ada barang persiapan yang tidak cukup, anda boleh belikan sekali. Masa hendak keluar, jangan lupa bawa sekali anak saudara sebagai teman, belikan gula-gula atau air kotak untuk mereka.

Belajar buat magik, teka-teki

Belajar buat magik daripada YouTube sebagai modal bermesra dengan anak-anak buah. Budak-budak apabila ada orang yang rajin melayan mereka, anda mungkin akan jadi bapa saudara kegemaran. Begitu juga dengan teka-teki, ia aktiviti menyeronokkan dan anda boleh memberi hadiah duit raya bagi siapa yang berjaya menjawab dengan betul. Jangan menyibuk, tidak perlu menyibuk sangat di dapur jika tiada sebarang keperluan. Banyakkan masa di ruang tamu dan berinteraksi bersama tetamu atau kaum keluarga yang bertandang.

Perhatikan benda kegemaran bapa mentua

Perhatikan apakah jenis rokok yang dihisap oleh bapa mentua (sekiranya dia hisap rokok). Masa pulang ke kampung bawa sekali rokok sebagai hadiah. Nak ambil hati orang tua, paling senang adalah bagi benda yang paling dekat di hatinya. Buah tangan, jangan balik ke kampung dengan tangan kosong atau melenggang sebaliknya bawalah buah tangan untuk ibu bapa mentua seperti kain batik, kain pelikat atau tudung untuk dipakai pada hari raya.

‘Jom naik dengan saya’, ini ayat anda kena biasakan apabila bersama keluarga mentua ketika hendak menziarah rumah saudara mara. Bila balik kampung cuba letak kereta di bahagian paling belakang agar mudah keluar, jadi mereka tiada alasan untuk menolak. Sediakan ‘car jumper’, advanced toolbox, sediakan car jumper dan advanced toolbox dalam bonet kereta kerana sekiranya ada kereta saudara mara yang rosak, anda boleh tawarkan perkakas tersebut.

Banyakkan mendengar

Apabila bersembang bersama bapa mentua dan saudara mara lain, banyakkan mendengar. Seelok-eloknya jangan terlalu menonjol dalam perbualan itu. Biarkan mereka bersembang dan anda hanya dengar dengan teliti. Kenal pasti butiran perbualan itu dan boleh menyelit sekiranya anda ada pertanyaan atau bantuan yang boleh dihulurkan. Sebagai contoh, bapa mentua berbual sedang mencari sesuatu barang dan kebetulan anda mengenali orang yang boleh bantu, jadi bersuara. Dalam sekelip mata anda akan menjadi orang penting! Tapi awas, pastikan anda buat apa yang dijanji, jangan sembang kosong. Media sosial, jika menangkap gambar jangan lupa muat naik di laman sosial dan tagged ahli keluarga isteri dan letak kapsyen seperti; “Seronok betul sambut raya di sini. Meriah, semua saudara best dan sempoi!”. Sumber, mstar