Teman lelaki datang beraya mahu bincang nak bertunang, Sekali ada satu benda yang buat kekasih terkejut

Umum sudah kita ketahui apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ramai yang berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan-rakan serta jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim setelah dua tahun tidak dapat beraya akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Namun, ada juga yang mengambil peluang pada bulan Syawal ini untuk mengada sesi suai kenal bersama bakal pasangan dan keluarga termasuklah mangadakan majlis merisik dan bertunang mereka.

Tiba-tiba ada rombongan merisik dari lelaki lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Fatin di TikTok, berkongsi pengalaman yang cukup mendebarkan hatinya apabila dia menerima kunjungan rombongan merisik daripada lelaki lain. Difahamkan, ketika itu teman lelaki gadis ini hadir ke rumah untuk beraya sambil berbincang mengenai majlis pertunang mereka yang bakal dilangsungkan. Datang masa teman lelaki kita tak ada tak apa lagi. Ni datang sama dengan teman lelaki kita datang. Dah lah kita nak berbincang pasal masa depan. Tiba-tiba je masa depan terhalang. Alangkah terkejutnya sehingga muka menjadi pucat apabila secara tiba-tiba keluarganya menerima satu rombongan merisik daripada individu lain dengan tujuan untuk memberi ‘tanda’ kepada gadis terbabit tanpa memberitahunya atau keluarga terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, gadis ini tetap setia dengan pilihan hatinya itu kerana sudah bersabar selama bertahun-tahun melayan karenahnya. Teman lelaki kita ni bukan main lagi bertahun sabar dengan perangai hantu kita nak sampai tahap ni tapi dorang mudah-mudah je datang nak merisik. Video berdurasi 20 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 135 ribu tanda suka di TikTok. Ini antara komen daripada warganet. ‘Rasa nak marah tapi kena sabar’, ‘Baru lah dia rasa tercabar ada saingan’. Sumber, Oh bulan