Mahu menggelapkan cermin kereta, Ini perkara penting anda perlu tahu sebelum tinted kereta

Tahukah anda kebanyakan individu tinted kereta mereka bukan kerana inginkan privasi tetapi kerana cuaca di Malaysia ini yang membuatkan mereka memilih untuk menggelapkan cermin kereta mereka. Malaysia sememangnya terkenal dengan cuaca yang panas terik hampir sepanjang tahun dengan suhu purata sekitar 28 darjah celcius. Kadang kala ia sehingga mencecah 35 darjah celcius. Jadi, kebanyakan rakyat Malaysia cuba mengelak daripada berhadapan dengan cuaca ini melalui pelbagai cara dan salah satunya dengan menggelapkan cermin kereta mereka. Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan anda berpeluh dan berasa tidak selesa, malah ianya juga memancarkan sinaran ultraungu serta inframerah yang mampu untuk merosakkan kulit dan mata anda. Sebelum anda ingin memasang tinted kereta, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu supaya anda tidak melakukan pembaziran ke atasnya.

VLT dan SPF

Peratus Ketelusan Cahaya (VLT) kebiasaannya ditunjukkan dalam nilai peratusan bersamaan dengan peratusan cahaya yang dapat menembusi tingkap sesebuah kenderaan. Bermakna, VLT 30% dapat menapis 70% cahaya nyata. Manakala 30% lagi mampu menembusi tingkap kenderaan tersebut. Filem tingkap akan kelihatan lebih gelap sekiranya tahap VLT lebih rendah. SPF pula merupakan pengiraan yang menunjukkan berapa lama sesuatu bahan pelindung matahari dapat melindungi kulit daripada sinaran ultraungu B (UVB). Sinaran UVB ini boleh mengakibatkan kerosakan pada epidermis.

Perbezaan Kualiti Filem Kereta

Filem kereta yang bergred rendah lebih terdedah kepada risiko-risiko yang boleh membuatkannya berubah warna, menggelembung atau menggelupas. Harganya yang jauh lebih rendah berbanding jenama yang berkualiti. Filem kereta yang bergred rendah ini berkemungkinan besar tidak berupaya melindungi anda dan ruang kereta daripada sinaran UV selain tidak dapat menangkis kehadiran haba. Kos filem berkualiti tinggi kebiasaannya boleh didapati pada harga sekitar RM700 hingga RM5000.

Ciri-Ciri Perlindungan Asas

Pendedahan kepada sinaran matahari boleh membawa kepada masalah kulit atau lebih teruk lagi, kanser kulit. Oleh itu, pemilihan filem yang betul perlu dibuat supaya anda memperoleh perlindungan yang sewajarnya. Filem yang berkualiti tinggi sekurang-kurangnya didatangnya dengan ciri perlindungan UV dan penangkis haba.

Pilih Jenama Yang Dipercayai

Jenama filem kereta seperti 3M disyorkan oleh pertubuhan kanser kulit Amerika Syarikat kerana ia menawarkan faktor perlindungan matahari (SPF) yang berjumlah lebih 1000 iaitu 30 kali handa lebih tinggi berbanding produk bergred tinggi yang lain. Tahap SPF filem yang inggi akan memberikan perlindungan daripada komplikasi seperti selaran matahari, kanser kulit dan penuaan pramatang yang disebabkan oleh sinaran UV.

Kekal Nyaman Dan Kurangkan Penggunaan Bahan Api

Anda perlu tahu bahawa penggunaan filem semata tidak dapat menangkis haba yang diserap oleh ruang kabin kenderaan. Akan tetapi, dengan bantuan filem bergred tinggi, jumlah haba yang di signifikasikan dapat ditapis mengikut kadar Total Solar Energy Rejected (TSER). TSER ini adalah terma yang kebiasaannya dapat dilihat pada produk filem kereta. Ia merujuk kepada jumlah haba yang dapat ditangkis oleh filem berkenaan. Lebih tinggi nombor tersebut, lebih tinggi jumlah haba yang dapat ditangkis. Kereta anda juga akan lebih cepat berasa nyaman dan anda tidak perlu menaikkan tahap kesejukan penyaman udara sekaligus membantu menjimatkan bahan api.

Sekuriti Dan Keselamatan

Filem yang bercirikan sekuriti ini mampu menahan serpihan kaca tingkap yang retak atau pecah daripada bertaburan akibat kemalangan atau kereta dipecah masuk selain daripada melindungi pemandu dan penumpang sinaran UV. Jaminan, jangan lupa untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan waranti tinted kereta anda selain daripada spesifikasinya. Kebanyakan produk bergred tinggi mempunyai warani dan akan ditunaikan oleh pengedar yang bertauliah. Sebab inilah anda perlu membeli daripada pengedar yang sah. Dengan adanya waranti, tuntutan boleh dibuat walaupun wakil pengedar tersebut tidak lagi beroperasi. Anda juga perlu membandingkan tempoh perlindungan waranti anda kerana sesetengah jenama menawarkan temph jaminan yang lebih lama.

Keupayaan Menangkis Haba Tidak Bergantung Kepada Tahap Kegelapan Filem

Periksa piawaian penggunaan cermin gelap atau filem kereta terlebih dahulu sebelum anda memasang tinted kereta anda supaya anda dapat mengelakkan sebarang kompikasi melibatkan pihak berkuasa. Peraturan terbaru bagi penggunaan filem kereta di Malaysaia ialah VLT 70% bagi cermin tingkap hadapan, VLT 50% bagi cermin tingkat sisi dan kadar VLT bebas untuk cermin tingkap belakang dengan syarat mempunyai side mirrors. Filem gelap tidak semestinya dapat menangkis haba dengan lebih baik berbanding filem lutsinar kerana tahap tangkisan haba sebenarnya bergantung kepada TSER.

Filem Terlogam

Metallized Film atau filem terlogam ini sangat popular dalam pasaran kereta kerana harga dan kualitinya. Ianya mungkin nampak seperti pilihan yang sesuai tetapi filem terlogam ini mempunyai isu tersendiri. Disebabkan ianya diperbuat daripada sebatian logam, ia boleh mengganggu signal yang digunakan oleh GPS, telefon mudah alih, tag RFID dan sebagainya.

Selain itu, ia boleh menyebabkan hakisan kerana logam yang terdedah kepada air dan udara akan mencetuskan reaksi kimia. Hakisan ini akan merosakkan penampila filem tersebut dan keupayaan penapisan haba produk juga akan turut terjejas. Warna filem tersebut juga akan berubah menjadi ungu atau perang sekaligus akan mengganggu pandangan pemandu.

Tinted Mudah Alih / Tinted Magic

Tinted Mudah Alih atau Tinted Magic ini merupakan Solar Filem penapis haba yang 100% tidak menggunakan gam. Ianya boleh dipasang dan dibuka tanpa rosak. Fungsinya sama seperti tinted permanent, tetapi ianya boleh dibuka berulang kali tanpa rosak. Tinted Magis ini boleh menurunkan kadar haba dalam kenderaan sehingga 90%​ dan merupakan anti UV sehingga 99%. Selain itu, ianya juga mampu untuk menghalang cahaya masuk sehingga 78%.​

Kesimpulannya, pemilihan filem tinted kereta ini adalah subjektif. Setiap individu mempunyai bajet, keperluan dan kencenderungan yang berbeza. Jadikan tips ini sebagai panduan sebelum anda memasang tinted kereta anda. Sumber, seri wanita