Bersyukur dapat merasai nikmat bergelar ibu, Neelofa bahagia dengan kehadiran Bilal sebagai pelengkap hidupnya

Memang tak asing lagi kita dengan selebriti terkenal ini. Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei, selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk merasai nikmat bergelar ibu. Menurut pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor ini, bergelar ibu merupakan perkara yang melengkapi kehidupannya. “Terima kasi kepada my sweet, sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Perkara yang terbaik dan melengkapkan di dalam dunia ini,” tulisnya. Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi sebuat ciapan yang dimuat naik di Twitter pada Ahad.

Malah, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga turut merakam ucapan penghargaan buat anak lelakinya, Bilal kerana telah merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan Hari Ibu buat Neelofa. Antara komen dari warganet “Happy mother’s day to you doakan saya pun dapat merasa jadi ibu one day. Masih menanti zuriat. “Masih tak percaya yang Neelofa sekarang seorang ibu. “Seronok untuk awak Lofa sayang. “Si Kecil Bilal. Tak sabar nak tengok awak membesar. “Berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bagi saya kesempatan untuk merasa jadi seorang ibu.

My ultimate goal in this world is to be a mother. Hopefully can be fulfilled, InsyaAllah,” antara komen-komen warganet di Instagram. Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, Januari lalu. Bagaimanapun, sehingga kini kedua pasangan tersebut masih belum mendedahkan wajah anak mereka itu buat tatapan umum. Sumber, media hiburan

Memang Kagum Betul, Lofa Mewakafkan Lebih 30 Ribu Al Quran Dari Penghasilannya Ke Pusat Tahfiz

Selebriti terkenal Malaysia Neelofa melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk melancarkan Mushaf Al-Quran bagi tujuan waqaf akhirnya terlaksana dengan kerjasama Yayasan Restu. Rupanya impiannya itu mengambil masa yang lama. Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa selaku Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) menyatakan proses penghasilan dan pencetakan Al-Quran Al-Karim edisi khas mengambil masa selama dua tahun. Kami rancang menghasil dan mencetak Al-Quran ini sudah lama, kurang lebih dua tahun juga namun progresnya bergerak perlahan disebabkan kami mahu mencari pencetak yang benar-benar mencapai semua kriteria yang diinginkan. Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam melebihi 30 tahun. Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia. Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran Waqaf Al-Quran dan usrah Ajaibnya Berwaqaf di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, pada Isnin.

Tahukah anda ada banyak keistimewaan yang ada pada Al quran ini. Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, Al-Quran itu istimewa kerana memiliki ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq. Antara sebab design ‘kiswah’ dipilih untuk diterapkan kerana ia termasuk dalam empat perkara yang apabila dipandang sahaja akan mendapat pahala. Mufiq bermaksud mudah faham isi Al-Quran. Ia bukan sekadar Al-Quran untuk dibaca tetapi merupakan ensiklopedia lengkap berkaitan Al-Quran Al Karim. Ada 40 kelebihan dengan antaranya ialah pengenalan surah, ulum Al-Quran, Asbabul Nuzul, 189 hadith, 32 sains di dalam Al-Quran, ayat-ayat perumpamaan di dalam Al-Quran, 47 doa termasuk doa Syifa dan 9 fadilat usrah. Paling menarik, ia juga mempunyai atlas dengan ciri QR code yang mana pembaca boleh imbas dan akan mendapat akses tentang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu.

Katanya lagi Al quran ini tak dijual di kedai luar. Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP mensasarkan lebih 30,000 untuk jualan yang juga boleh dibeli untuk tujuan waqaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau. Bagaimanapun, Al-Quran tersebut tidak dijual di mana-mana kedai kerana hanya boleh dibeli menerusi PKN. Al-Quran ini tidak dijual di luar dan hanya boleh didapatkan menerusi PKN. Sesiapa yang ingin membeli untuk tujuan waqaf juga kami akan bantu edarkan sumbangan mereka ke mana-mana madrasah, pusat tahfiz atau termasuk mereka yang memerlukan. Al-Quran terbitan PKN dan kerjasama Yayasan Restu ini dijual pada harga RM200 dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia. Sumber, oh bulan.