Ramai yang berlumba lumba beli emas sekarang ni, Ketahui tips pilih gelang emas yang menarik

Umum memang kita ketahui ramai yang sudah menerima wang RM10 ribu pengeluaran daripada KWSP. Dengar cerita ramai yang bersesak beli emas agar duit KWSP itu ‘nampak’ dan tak habis begitu sahaja. Pelaburan emas sememangnya bagus dan tidakan yang bijak. Namun, bila bersesak beli emas perlu lebih berhati-hati memilih agar tidak menyesal kemudian hari. Gelang emas merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberi penampilan yang lebih menawan buat wanita. Terdapat banyak jenis atau model unik dan menarik yang boleh dijadikan pilihan hati. Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personaliti. Berikut merupakan tip untuk memilih gelang yang tepat dan sempurna!

Ukuran tangan

Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah memperhatikan ukuran tangan terlebih dahulu. Pilihlah gelang yang sesuai dengan bentuk pergelangan tangan. Cuba gelang pilihan agar nampak sesuai dan padan dengan bentuk tangan dan personaliti. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat buat tangan.

Gaya hidup

Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup. Contohnya, jika aktiviti harian lebih santai dan menenangkan, boleh menggayakan gelang yang diberi sentuhan feminin seperti gelang yang diperbuat daripada manik ataupun mutiara. Sekiranya aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal mahupun kulit cukup sempurna buat anda.

Matarial pilihan

Gelang boleh didapati dalam pelbagai jenis bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut citarasa anda samada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan lain-lain lagi. Jika anda sukakan gaya mewah, anda boleh memilih gelang yang diperbuat daripada emas dan perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.

Harga

Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan memilih gelang yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mendapat kepuasan saat memakainya. Selain itu, pilih harga gelang mengikut kemampuan anda. Jangan membeli gelang keranai trend semata-mata. Apa yang lebih utama ialah ia tampak sesuai dan sempurnadi pergelangan tangan anda.

Tip simpan barangan kemas

Gel silka, Kalau membeli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak di tempat penyimpanan aksesori. Sumber, nona