Ratu Elizabeth buka tawaran kerja kosong di istana, Sekali ini gaji yang diberikan buat semua terkejut

Memang tak asing lagi kita dengan Ratu Elizabeth II ini, bagi yang mahu mencipta kelainan dalam kerjaya boleh cuba tawaran kerja kosong yang ditawarkan oleh Ratu Elizabeth II ini. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Metro UK, keluarga diraja Britain telah mengeluarkan sebuah iklan untuk mencari pembantu rumah profesional. Tugas pembantu rumah ini adalah bagi memastikan kediaman atau istana pemerintah kerajaan berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

Jika terpilih, pembantu rumah ini akan bekerja selama 40 seminggu sama ada di Istanan Buckhingham atau Istana Windsor. Bukan calang-calang ‘pejabat’ tau! Tawaran kerja kosong dari istana England ini juga turut menawarkan gaji agak lumayan iaitu pada kadar £7.97 (RM43.88) sejam. Pihak istana turut menyediakan lokasi penginapan dan makanan turut tersedia buat mereka yang terpilih untuk menjadi pembantu rumah di istana tersebut. Lebih menarik lagi apabila terdapat 15 peratus skim pencen caruman majikan tambah faedah dan 33 hari cuti umum termasuk cuti umum, menarik bukan?

Buat mereka yang suka mengemas dan ingin cari peluang dan pengalaman bagaimana orang istana mengemas mungkin boleh cuba peluang keemasan ini. Khabarnya pengalaman berkemas tidak diperlukan dan sesiapa sahaja boleh memohon jawatan tersebut. Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 69 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu England pada 2 Jun 1953.

Pada bulan Februari lalu, Ratu Elizabeth II telah disahkan positif COVID-19 namun hanya mengalami gejala ringan. Ratu Elizabeth II yang kini berusia 94 dilaporkan juga telah menerima tiga dos suntikan vaksin COVID-19. Ketika suntikan vaksin pertama Ratu Elizabeth telah menerimanya bersama-sama mendiang suaminya The Duke of Edinburgh.

Suami Ratu Elizabeth II, The Duke of Edinburgh Putera Philips telah meninggal dunia pada 9 April 2021 di usia 99 tahun dan dikebumikan pada 17 April 2021. Sekejap sahaja sudah setahun pemergian Putera Philips. Pada 21 April yang lalu Ratu Elizabeth II telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96. Nenda kepada Putera William dan Putera Harry ini turut berkongsi tahun kelahiran bersama isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali.