Roy Azman nekad jumpa dengan Hamid Gurkha, tapi benda ni pulak yang buat dia rasa pelik

”Dia tidak mahu susahkan kami, selagi boleh bangun bergerak dia usahakan sendiri…” Itu luahan isteri kepada Hamid Gurkha yang menceritakan keadaan terkini pelawak lagenda itu yang mahu berdikari meskipun usia sudah mencecah 90 tahun. Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah berkata, semangat dipamerkan oleh Hamid Gurkha menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anaknya sehingga kini. Malah Mak Timah berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan Pak Hamid tidak putus asa walaupun semakin uzur. Dia kuat semangat sebab dia bekas tentera… Sama ada solat, berjalan di laman rumah, makan atau ke bilik air, semuanya Pak Hamid mahu lakukan sendiri, namun Mak Timah dan anak-anak tetap memantau dan membantu.

” Pak Hamid hanya sakit COVlD-I9 dan sakit tua. Tetapi dalam keadaan sak1t pun boleh ke bilik air sendiri, hendak dipimpin dia tak bagi walaupun selalu jatuh tersungkur. ”Dia kuat semangat sebab dia bekas tentera, semangat dia memang kuat walaupun dalam keadaan sakit. Dia tidak mahu susahkan kami, selagi boleh bangun bergerak dia usahakan sendiri. ”Kalau dia tidak boleh tidur malam, dia kawad ringkas untuk lancarkan perjalanan cairan merah dan keluarkan peluh. ”Apabila penat dia akan tertidur sambil kami picit kakinya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Andalas di sini, kelmarin. Timah berkata, selain solat, Pak Hamid akan bangun bersahur serta berpuasa seperti biasa. Malah, mahu membuat pelbagai kerja termasuk mengemas rumah.

Roy Azman Hairan Pak Hamid Tak Dapat Pengiktirafan. Dalam pada itu, pelakon Roy Azman turut berkesempatan melawat Hamid Gurkha di rumahnya “Alhamdulillah. Sihat2 aje Pak Hamid (heran jugak napelah dia xdpt ‘pengiktirafan’ apa2…dah laa lama dlm industri, bekas askar plak tu. Xpelah Pak Hamid.. yg lebih penting org doakan kesejahteraan Pak Hamid dunia akhirat..Aamiin)” tulis Roy Azman. Reaksi warganet, ”Betul tue Tuan.. ramai pelakon² lama yg x dpat pengiktirafan…dipinggir begitu shj..lebih menghargai pelakon sebrang tambak …dan pelakon² baru…yg adakalanya suam² kuku…klau nak dikira bkan Pak Hamid shj…Badol pun blum dpat apa² pengiktirafan…semoga Pak Hamid sentiasa sihat..dan dipermudahkan segala urusan..”komen Shukri Yahya

” Semoga Pak Hamid cepat sembuh dan di permudahkan segala urusan..lakunan paling legend dari Pak Hamid yang paling saya suka ..Filem…Aku Yang Berhormat”- Komen Ayu. Esok bila aku sudah tidak mampu… ” Alhamdulillah syukur (bila melihat semangat dia masih kuat sampai hari ni). Anak-anak juga sentiasa mendoakan bapanya agar sentiasa sihat. ” Semangat yang ada pada Pak Hamid membuatkan saya dan anak-anak kuat semangat dan sentiasa mendoakan Pak Hamid. ” Dia pun selalu sangat cakap, tidak mahu susahkan orang selagi dia terdaya dan mampu buat. ” Dia kata ‘esok bila aku sudah tidak mampu, terpulanglah kepada kamu semua’,” katanya. Sementara itu, Hamid Gurkha turut melahirkan kesyukuran kerana masih ramai yang mengingati, menziarahi dan mendoakan kesihatannya. Walaupun mempunyai msaIah pendengaran, Hamid dapat menjawab pertanyaan wartawan dengan baik dan ceria.

” Kalau raya, saya makan saja apa yang dimasak isteri dan anak-anak. Semua makan, tiada makanan kegemaran khas. Apa yang saya hendak makan, saya makan. ”Alhamdulillah, saya sihat. Boleh bangun, boleh berjalan, boleh solat. Ramai juga datang beraya tetapi saya tidak pergi beraya… Doakan saya iya,” katanya mengakhiri perbualan. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim menziarahi Hamid dan menyerahkan sumbangan pada program ziarah Finas. ”Kunjungan ke rumah Pak Hamid ini adalah sebahagian lawatan saya mewakili Finas untuk menghargai dan mengiktiraf pelakon veteran yang banyak memberi sumbangan kepada industri. ”Selain menyantuni untuk bertanya khabar serta melihat keadaan semasa mereka, Finas peka dengan keadaan artis veteran sekarang,” katanya.

Antara babak lakonan Pak Hamid yang masih di ingati sehingga kini. Media sebelum ini melaporkan keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan Covid-19, dua bulan lalu. Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami sakit teruk, sebaliknya hanya msaIah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun. Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya pergi menghadap illahi. Hamid kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. Anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan msaIah pendengaran dihadapi biarpun penglihatan masih baik untuk membaca skrip. Sumber, hmetro dan wikipedia