Puteri Sarah jadi perhatian warganet sekarang, ramai lagi yang tak tahu rupanya Puteri Sarah ni bukan orang biasa biasa

Artis

Sebelum ini, kisah rumahtangga pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian warganet selepas didkwa sedang dilnda masalah. Namun, kedua-duanya mengunci mulut punca mereka tidak tinggal sebumbung. Empat tahun mendiamkan diri, akhirnya Puteri Sarah tidak mampu lagi menyembunyikan maslah rumahtangga mereka. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Sarah membuat pendedhan anak kepada pelakon veteren, Kazar iaitu Ira Kazar yang masih mengganggu rumahtangganya sejak tahun 2019. Bagi yang tidak mengenali, Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan model wanita negara. Isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof ini pernah muncul dalam beberapa drama tempatan.

Dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England, dia kemudian berpindah ke Malaysia dan membesar di Kuala Lumpur dan Batu Pahat, Johor sebelum menyambung pengajian di UITM Shah Alam dalam bidang Ijazah Pengurusan Hotel. Mula menceburkan dalam dunia hburan pada tahun 2008, antara drama dibintanginya Dunia Anita, Puteri dan Janji Kasih. Selain itu, dia juga menjayakan iklan bagi produk-produk ternama seperti DiGi, F&N dan Nivea selain menjadi duta kepada produk Silky Girl. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumahtangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber : Youtube

Puteri Sarah Akhirnya Bongkarkan Ini Yang Kazar Pernah Bagi Tahu Buat Dia Menyesal Sekarang. “Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” kata pelakon Kazar juga bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang di.akwa mengganggu rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu. Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi ketika dihubungi sebelum ini berkata apa berlaku hanya mereka saja yang tahu. “Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini. “Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” katanya sebelum ini.

Tidak tahan lagi dikacau oleh orang ketiga dalam rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan itu. Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Dunia Anita itu menerusi satu perkongsian video di plaftorm TikTok miliknya. Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah meluahkan rasa menyesal kerana tidak meneruskan sahaja laporan polis terhadap wanita tersebut dahulu, sehingga keadaan menjadi semakin keruh. “Kena kacau dan bli sber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis. Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam. “Akhirnya, kena kacau doubletriple teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, dia menyifatkan segala hal yang baik akan datang kepada insan yang telah lama bersabar. Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari. Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu!. Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap,” tulisnya di ruangan kapsyen. Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendeedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga. Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah. Kredit, Kosmo/HM/IG

Leave a Reply

Your email address will not be published.