Siap ada pawagam lagi, ramai yang teruja bila tengok house tour rumah mewah Asyraf Khalid dan isteri

Rakaman video House Tour banglo mewah milik pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid yang dikongsi menerusi saluran Youtube menantu Dato Sri Siti Nurhaliza menarik perhatian warganet. Menerusi saluran YouTube The Tya’s Family, Tya telah berkongsi sebuah rakaman video ‘house tour’ kediaman banglo mewah Asyraf danTya. Difahamkan rakaman video tersebut dikongsikan bagi memenuhi permintaan para pengikut Tya. Video yang berdurasi 20 minit itu bermula di bahagian ruang tamu kediaman tersebut dimana memiliki beberapa bahagian ruang tamu yang telah dikhaskan untuk ahli keluarga dan tetamu. “Dekat sini boleh muatkan lebih kurang 8 hingga 10 orang terutamanya tetamu lah. Most of the time kita treat kita punya tetamu dekat sini. In term of deko ni sebenarnya simple-simple sahaja dan semua ni Tya yang deko sendiri.”

Lebih menarik, banglo pasangan ini juga dilengkapi dengan bilik tayangan untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama. Ini bilik kegemaran i lah. Cinema room ni most of the time Arif dan Ara lah yang akan tengok dan kita ada dua TV di sini iatu TV biasa dan satu projector. Bestlah lepak dekat sini dengan anak-anak. Di dalam rakaman tersebut juga memaparkan bilik tetamu, bilik tidur utama, bilik wardrobe, ruang makan, belakang rumah, gelanggang tennis, lif, pejabat. Jangan pernah berhenti untuk berimpian kadang-kadang impian membuatkan sesuatu jadi kenyataan, paling penting kita kena kuat berusaha. Di penghujung rakaman, pasangan ini juga sempat menitipkan pesanan dan doa kepada peminat mereka. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Oh Bulan