Liana Roslii bersuara bila ada artiis takut nak tunjuk mukaa anak, sekali ini pulak komen warganet pada dia

Usahawan sensasi Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka. Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bayi yang baru dilahirkan itu adalah satu anugerah Allah dan berkongsi wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur. “Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja. “Jika tempoh hamil boleh share perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin?. Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini meluahkan rasa rimas pada salah satu posting di Instagram apabila segelintir selebriti menutup wajah anak mereka daripada tatapan umum. “Rimas betul tutup-tutup muka anak” tulisnya pada posting berita mengenai pelakon Mira Filzah. Baginya, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsi wajah anak kerana orang ramai juga boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi yang baru lahir itu. “Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah? “Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang b.uruk sahaja,” jelasnya.

Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Kak KM tidak ada masalah untuk memuat naik gambar anak-anaknya termasuk ketika mereka melakukan akviti harian. Kak KM dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, Rania Razman, 12 dan Cinta Carissa, lima bulan. Jangan sibuk hidup orang kalau awak pun tak suka orang sibuk hal awak. Anak dia, hak dia. Kalau dia faham dan tahu pen.yakit ain dia tak akan keluar kenyataan mcm tu.. Bila ilmu agama kurang mcm tulah rupanya. Org tutup muka baby sbb risau kena panahan ain dia naik rimas. Org rimas dia buka atas bawah tahu pulak dia melenting yek. Tak boleh terima. Btw ain bukan hanya terkena bila org lihat dgn penuh iri hati dan d.engki sahaja. Tapi pe.nyakit ain juga boleh terjadi pabila org melihat dgn penuh ta.ksub dan teruja. Baby ni masih kecil dan lemah.

Sbb tu org tak tunjuk. Nak memuji juga ada cara. Kena mulakan dgn pujian2 pada Allah Cth MasyaAllah comelnya. Mudah mudahan terlindung dr segalanya. Saya sorok je muka anak saya takut org pertikai pulak putih melepaknya anak saya ni yg mak pak kulit tan je pun Sebb tu sorok muka anak. Hahaha. Mmg x faham kenapa suruk muka anak tapi dapat duit raya beribu dihebohkan tak tau dapat ilmu dari mane haissshh yg ni mmg untie setuju dgn awak Kak KM. Kredit, Mstar/IG. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.