Selepas 7 hari melahirkan, Mira Filzah kongsi nama anak dan pengalaman baru jadi ibu

Artis

umum lagi kita ketahui dengan palakon wanita cantik ayu ini. Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar memberikan nama kepada anak mereka sebagai Wan Khair Amir. Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memperkenalkan nama berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka. Menurut Mira ia diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.“Hari ini (16 Mei 2022) hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan puteri kami sebagai Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar. “Wan Khair Amir. ‘Khair’ membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Mira dan Emir memberitahu mereka mengadakan majlis serta amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadap anak mereka yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don. Sementara itu, Mira dan juga Emir turut berharap agar cahaya mata mereka dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yang soleh. “Kami akan usaha dan bertawakal kepadaMu agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumiMu. “Membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Amin,” tulisnya.Hantaran itu sudah semestinya mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi.

Sementara itu meninjau di Insta Story Mira pula, pelakon Maid itu sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu baru.“Masih menyesuaikan serta menguruskan masa tidur saya.“Saya hanya tidur selama 1 jam malam semalam. Nasib baik sempat panggil orang makeup jam 7 pagi,” tulisnya.Sekadar info, Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir, 30, pada 3 September 2020. Sumber, gempak