Tonton filem KKN Di Desa Penari sempena hari lahir bibik, Sikap mesra Eina Azman dipuji warganet

Artis

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Kalini pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai apabila meluangkan masa keluar membawa semua pembantu rumahnya menonton filem seram tular, KKN Di Desa Penari di pawagam. Aktiviti itu dilakukan bersempena ulang tahun kelahiran seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bikna yang ke-38. Menerusi laman sosial Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, memuat naik momen tersebut dalam bentuk rakaman video untuk tatapan video. Dalam hantaran tersebut, Eina meluahkan ucapan penghargaan dan selamat hari lahir buat pembantu rumah berasal Aceh itu yang banyak membantu dirinya menguruskan kerja-kerja rumah.

Happy birthday to my Bikna yang ke 38 tahun, semoga panjang umur dan sentiasa happy. Terima kasih sebab banyak tolong ringankan kerja saya di rumah, saya hargai sangat.“Hope kamu happy dengan segala aktiviti kita nonton movie ‘KKN Desa Penari’, makan non stop dan hadiah kecil saya untuk kamu. Saya sayang kamu semua,” tulisnya di ruangan kapsyen. Istimewanya lagi, Eina turut menghadiahkan seutas rantai tangan emas yang dipakaikan di tangan kanan Bikna selepas memotong kek hari lahir. Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan kata-kata positif daripada wargamaya yang memuji Eina selaku majikan yang baik.

Tidak kurang juga ramai yang mrngusik mahu memohon pekerjaan sebagai pembantu di rumah Eina.“Allah murah rezeki datin. Saya pun tak merasa pakai Apple watch,” komen seorang wargamaya.“Aloo so sweet. Bertuah betul dapat ladyboss baik dan sweet macam ni,” puji seorang wargamaya.“Baiknya datin ni. Sesetengah orang tak mau buatkan pembantu rumahnya begitu. Mulia hati datin, mudah mudahan dimurahkan pintu rezeki,” doa seorang wargamaya.“Tanpa saya sedar, tengok video ni sambil tersenyum sendiri.

Rasa dia punya happy tu,” kata seorang wargamaya.“Bestnya! First time tengok maid yang dijaga oleh majikan serapi ini. Baju cantik, kemas,” ujar seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada pengikutnya.Sekadar info, Eina bergelar isteri kepada usahawan, Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata kembar diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Sumber, gempak