Turun berat badan sebanyak 10kg, Hairul Azreen kongsi pengalaman jayakan filem The Assistant

Hairul menceritakan dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pelakon berbakat tanah air, Hairul Azreen tampil membuat perkongsian bersama pengikutnya di media sosial terhadap cabaran ketika menjalani penggambaran filem di bawah arahan Adrian Teh, THE ASISSTANT.

Sakit bila buat badan

Menerusi hantaran di Instagram, Hairul mengakui dirinya terasa sakit apabila harus ‘bina’ badan  dan harus menjalani diet selama 5 bulan bagi menjayakan watak sebagai Feroz dalam filem tersebut. “Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem, saya kena diet, saya kena fight dengan keadaan yang lapar. Saya kena tahan semua ni selama 5 bulan sebab 3 bulan training 2 bulan shooting.”-Kongsi Hairul

Turun Sebanyak 10 Kilogram

Hairul turut menceritakan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram untuk menjalani penggambaran filem THE ASISSTANT. “Berat badan normal saya 74 kg saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64 kg (Cengkung pipi). Fuhh bila ingat balik gila la sangat penat. Bayangkan korang lapar tapi kena kerja, macam tu la perasaan saya, lapar tapi kena berlakon.”-Hairul Azreen

Warganet & Rakan Artis Beri Sokongan

Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis tampil memberi sokongan buat Hairul malah ada yang berpendapat, pengorbanan dilakukan Hairul adalah berbaloi untuk menjayakan filem yang bakal ditayangkan di pawagam beberapa hari sahaja lagi. “Berbaloi cha dengan pengorbanan yang hang buat. Hang nampak awesome kot dalam movie tu. Kalau aku perempuan aku dah ngorat hang. Hahaha.”-Syazwan Zulkifly .“The best never rest bang.”-Nadzmi Adhwa. “Alhamdulillah kagum dengan semangat saudara.” “Padu bang.”

Di akhir hantaran nya di Instagram, Hairul menyatakan bahawa perkongsiannya itu bukanlah untuk meminta simpati orang ramai namun siapa lagi yang akan menyokong filem tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri. Sumber, murai