Bahaya jika sering sembelit, Ketahui kesan awal barah ini

Tahukah anda mengesan gejala awal kans3r usus boleh menyelamatkan nyawa. Berdasarkan laporan kanser usus di Malaysia, ia adalah penyebab kedua kemtian dan menjadi sakit nombor satu menyerang kaum lelaki pada 2016. Data turut menunjukkan, kans3r itu menyerang 21.2 peratus daripada 100,000 lelaki dan 18 peratus daripada 100,000 orang di negara ini. Atas sebab itu, penting untuk mengenali gejala kanser usus di peringkat awal kerana ia mampu membantu menghalang daripada barah tersebut merebak bagi menyelamatkan nyawa. Ini kerana kebanyakan penderita kans3r ini hanya menyedari tentang kewujudan b4rah itu apabila sudah memasuki tahap ketiga dan sukar untuk diubati. Akibatnya, kans3r sudah parah dan merebak serta merosakkan organ lain di dalam badan sehingga menurunkan peratusan untuk sembuh sepenuhnya.

Sembelit dan cirit-birit berterusan antara gejala awal kans3r usus.

Bagi menjelaskan tahap kans3r, ia biasanya dibahagi kepada lima peringkat. Peringkat awal menggambarkan keadaan sakit yang belum berkembang dan masih boleh dikawal. Pada tahap ini, kans3r belum tumbuh di luar lapisan terdalam usus atau dipanggil mukosa. Kans3r usus yang memasuki tahap satu pula menunjukkan tumor merebak ke lapisan terdalam usus dan submukosa. Tetapi pada peringkat ini, ia belum merebak ke bahagian kelenjar dan masih boleh dikawal dengan rawatan dan pembedahan segera.

Gejala kans3r usus tahap awal

Terdapat beberapa gejala kanser usus peringkat awal yang boleh dikenal pasti, antaranya adalah seperti sembelit yang kerap, cirit-birit yang berterusan, warna najis berubah, bentuk najis berubah menjadi ketulan kecil dan ia boleh jadi kehadiran drh dalam najis, perut kembung, kerap sakit perut. Seterusnya, sakit perut tetapi tiada najis yang keluar, berat badan menurun mendadak, berdarah ketika buang air besar.

Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit.

Bagaimanapun gejala kans3r usus tahap awal ini boleh menyamai dengan penyakit lain seperti keradangan usus dan masalah pencernaan yang lain. Jika berlaku gejala-gejala yang dinyatakan, sebaik-baiknya segera berjumpa dengan doktor kerana diagnosis awal dapat menyelamatkan nyawa dengan potensi sembuh sebanyak 72 peratus.

Kanser usus yang biasanya banyak berlaku dalam kalangan golongan berusia kini bukan lagi disebut penyakit ‘orang tua’, sebaliknya semakin banyak golongan muda terkena penyakit ini disebabkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat. Sumber, mstar