Wajah kekal awet muda, Jane Fonda kongsi petua nampak muda diusia 84 tahun

Artis

Umum lagi kita ketahui dengan pelakon antarabangsa ini. Jane Fonda sering dikagumi kerana kelihatan awet muda pada usia 84 tahun. Nama Jane Fonda tidak asing lagi dalam industri perfileman Hollywood malah aktres itu masih aktif berlakon meskipun usianya sudah mencecah 84 tahun. Bagi peminat setia aktres itu, pasti tahu bahawa Fonda cukup aktif bersukan selain menjalani gaya hidup sihat yang membuatkannya nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya. Fonda percaya bahawa kunci kesihatan yang baik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan paling utama pemakanan seimbang. Dipetik daripada Eat This Not That, berikut adalah beberapa kebiasaan makanan yang membuatkan Fonda tetap kelihatan lincah dan segar pada usia 84 tahun.

Menolak diet fad

Dalam satu temubual sebelum ini, Fonda pernah berkongsi 10 tip kesihatan kegemarannya termasuk cara menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Salah satu kaedah dilakukan adalah dengan menolak diet fad yang disifatkan tidak realistik dan tidak menjanjikan hasil seperti diharapkan. Fonda menjelaskan diet fad tidak seimbang selain mendatangkan kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan seseorang. Aktres itu juga menekankan bahawa seseorang perlu mengubah cara pemikiran dengan tidak berfikir mengenai diet tetapi mengutamakan kesihatan.

Sarapan sangat penting

Fonda juga menjelaskan bahawa sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan dengan pengambilan makanan bergizi dan seimbang. Pengambilan sarapan pagi yang teratur boleh menurunkan berat badan dengan lebih baik. Sekiranya melewatkan sarapan, metabolisme seseorang akan menjadi lebih perlahan sehingga mudah berasa lapar dan menyebabkan seseorang lebih kerap makan. Akibatnya, berat badan mudah naik.

Had pengambilan makanan

Salah satu amalan lain Fonda adalah menghadkan pengambilan makanan dan memilih keseimbangan berbanding kuantiti. Fonda menegaskan tidak salah makan kek atau makanan yang ‘tidak sihat’ tetapi biarlah dalam kuantiti yang sedikit. Amalan ini katanya akan membuahkan hasil pada masa akan datang, bukan sahaja pada luaran tetapi dalaman. Untuk mendapat kulit yang cantik dan aktif pada usia emas, Fonda berkata, seseorang perlu berkorban daripada awal.

Elak pengambilan daging

Selain makan dalam kuantiti yang sedikit, Fonda memberitahu dia juga mengelak daripada pengambilan daging merah dalam dietnya. Sebaliknya, Fonda lebih banyak mengambil buah-buahan dan sayuran segar setiap hari dan mendapatkan sumber protein daripada ikan atau ayam dalam kuantiti yang berpatutan sebagai sumber tenaga. Namun kata Fonda, bagi yang aktif bersukan, pengambilan protein penting dalam menggantikan semula tisu baharu dan mengelakkan badan berasa lemah akibat kekurangan protein.

Boleh makan makanan ringan!

Seperti orang lain, Fonda juga gemar makanan ringan namun menggantikan dengan juadah lebih sihat seperti buah-buahan, keju cottage rendah lemak atau cheese string. Makanan ringan ini membolehkannya mengunyah ketika dia sedang lapar di antara waktu makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Fonda berkata, elakkan mengambil makanan dan minuman seperti coklat, ais krim, minuman berkarbonat walaupun dalam kuantiti sedikit kerana ia tinggi kandungan gula dan lemak. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.