Akhirnya apa yang diimpikan tercapai, Kini Usop dedah miliki sesuatu yang berharga buat dirinya

Umum lagi kita ketahui dengan penyanyi ni, terlalu lama menyimpan impian, akhirnya penyanyi Usop berjaya memiliki kereta mewah idamannya iaitu Mercedes-Benz AMG. Bersyukur dengan kurniaan rezeki itu, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berkata dia sendiri tidak menyangka mampu memiliki kenderaan itu di usia yang masih muda. “Saya sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu.

Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut. “Kebetulan ada orang mahu membeli kereta lama saya dan dapatlah duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baharu ini. “Syukur akhirnya impian tercapai! Selepas ini saya mahu membeli rumah sendiri pula. Saya anggap ini semua rezeki selepas berkahwin,” katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram Usop meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia berjaya memiliki kereta idamannya itu.

Kata penyanyi lagu Lenyap ini, kereta dianggarkan berharga lebih RM100,000 itu dibeli sejak April lalu. Menyedari komitmen memiliki kenderaan mewah sebegitu adalah tinggi, Usop berkata dia sudah bersedia dengan wang simpanan supaya tidak membebankan dirinya pada masa akan datang. “Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh hanya fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Usop utamakan perbelanjaan untuk keluarga.

Katanta lagi “Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi, jadi saya sudah siapkan simpanan wang pelaburan untuk digunakan di masa akan datang. “Saya juga tidak boleh terlalu demand dalam menerima tawaran kerja. Apa sahaja tawaran yang datang saya terima,” ujarnya. Untuk rekod Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama pada penghujung Mac lalu. Sumber, mstar