Terharu suami balik dari solat jumaat bawa sesuatu, Neelofa dedah terima sesuatu berharga dari suami

Beberapa hari lalu, selebriti popular Neelofa Mohd Noor berkongsi momen bermakna apabila suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz membuat kejutan memberi bingkisan hadiah. Menurut Lofa, PU Riz yang ditulisnya sebagai ‘Pak Ustad’ di media sosial berbuat demikian sejurus pulang dari Solat Jumaat. Video pendek pemberian dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi Tik Tok. “Suami balik dari Solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut terharu happy syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah,” tulisnya. Syukur nikmat atas pemberian berupa seutas gelang, Lofa akui tumpang gembira apabila menonton video seumpamanya.

Kata Lofa lagi “Sebenarnya ni bukan kali pertama Pak Ustad bawa bali surprise hadiah dan Lofa suka tengok video-video bila suami bagi hadiah kat isteri. “Doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” pintanya sambil disusuli emoji berbentuk hati. Meninjau ke ruangan komen, pengguna Tik Tok masing-masing menitipkan komen pelbagai. Antaranya; “Semoga bahagia selalu Neelofa dan Haris, diberikan keberkatan dan rahmat dalam rumah tangga.” “MasyaAllah alhamdulillah.” “Alhamdulillah.” “Bahagia yang kita cipta. I doakan perkahwinan you dan Pak Ustad till jannah.” “Terasa positive vibe di sini.” Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih sejuta kali. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama, Muhammad Bilal 29 Januari 2022. Sumber, media hiburan

Memang Serupa Bilal Betul, Neelofa Kongsi Gambar Di IG Buatkan Warganet Tak Senang Duduk. Umum memang kita ketahui dengan selebriti dan usahawan popular ini, Noor Neelofa, 33, berkongsi foto zaman kanak-kanak lalu membayangkan wajahnya iras anak pertama, Muhammad Bilal. Bekas hos program MeleTOP itu memuat naik foto nostalgia berkenaan menerusi Insta Stories pada Ahad yang dirakam candid bersama ibunya, Datin Noor Kartini. Katanya “Tengok Masa Kecik ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya disusuli emoji ketawa.

Neelofa yang masih memilih untuk tidak berkongsi wajah penuh Bilal kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz di Instagram. Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor berbuat demikian (belum sedia kongsi wajah anak) kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada sakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan). Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri