Kenal lepas 2 minggu lepas berpisah dengan Ellie, Azri tampil bongkarkan macam mana boleh kenal dengan bakal isteri

BELUM pun sebulan berpisah, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera. Azri, 54, memberitahu dia akan menghantar rombongan meminang wanita berkenaan dalam masa terdekat. “Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik, “Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” ujarnya kepada mStar. Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin. Berkongsi perkenalan dengan Azra, 43, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas berpisah dengan Ellie Suriaty. Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu berkata, dia jatuh hati dengan Azra yang juga seorang penulis skrip ketika pertemuan pertama.

“Saya jumpa Azra selepas 12 hari berpisah dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu. “Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia,” ujarnya. Dalam pada itu, Azri menegaskan hubungannya dengan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah. Azri Iskandar sudah terbuka hati kahwin lagi selepas berpisah dengan Ellie. Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat. “Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya berpisah dengan Ellie. “Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin,” ujarnya.

Azri Iskandar bin Zulkiffly Iskandar atau lebih dikenali sebagai Azri Iskandar dilahirkan di Muar, Johor, Malaysia. Beliau lahir pada tahun 1968. Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992, kemudian berpisah pada 1999. Empat tahun berikutnya, beliau berkahwin lagi dengan seorang pelakon, Ellie Suriati pada 2003. Hasil perkahwinannya tersebut, Azri Iskandar dikaruniai lima cahaya mata. Azri mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi filem pertamanya iaitu Iman Alone, arahan Rahim Razali pada tahun 1998. Pada tahun yang sama juga beliau berlakon dalam filem Puteri Impian 2 arahan Aziz M. Osman.

Azri kemudian berlakon dalam filem arahan Erma Fatima, Perempuan Melayu Terakhir bersama-sama Vanida Imran, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 19 Januari 1999. Pada tahun 2021, beliau membintangi peranan sebagai penjahat dalam filem Mat Bond Malaya arahan Nabil Ahmad yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Dibintangi oleh Naqiu Boboy, Elizabeth Tan, Azri Iskandar dan Riezman Khuzaimi serta penampilan khas daripada selebriti terkenal Malaysia, filem ini ditayangkan pada 20 Julai 2021 di Astro First. Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia. Azri Iskandar lebih mesra disapa Azri. Nama sebenar Azri Iskandar ialah Azri Iskandar bin Zulkiffly Iskandar. Beliau dilahirkan di Muar, Johor, Malaysia pada tahun 1968. Azri Iskandar memulakan kerjaya lakonannya pada 1998. Filem pertama lakonan beliau ialah Iman Alone arahan Rahim Razali. Azri Iskandar telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. Untuk rekod, Azri berpisah dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13. Kredit, mstar, wikipedia