Eina Azman luah rasa sebak berpisah dengan pembantu rumah, Eina akui pembantu rumahnya serba boleh

Bukan mudah bagi pelakon cantik, Datin Paduka Eina Azman untuk melepaskan pembantu rumahnya dikenali sebagai Mega untuk pulang ke pangkuan keluarga semula di Acheh, Indonesia setelah lima tahun berkhidmat. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Eina berkongsi semula foto-foto dan video mereka bersama sebagai kenangan dan rata-rata warganet turut sebak melihat keakraban antara ibu kepada dua cahaya mata ini dengan pembantunya.

Momen sebak bersama bekas pembantu rumah

Ujar pelakon drama The Maid 2, tarikh 26 Jun merupakan satu tarikh yang cukup sedih buat mereka sekeluarga berikutan pembantunya akan meninggalkan mereka dan terlalu banyak kenangan indah bersama. Apa yang lebih meruntun hati, apabila suami kepada Eina Azman iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet gagal menahan sebak berikutan perpisahan bersama bekas pembantu rumah mereka. Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap.

Macam tengah break up dengan boyfriend. Rumah saya sekarang dah sunyi sebab tak ada siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl. Dulu dia selalu jahit untuk kecilkan baju saya, teman saya memasak di dapur, tukang buat rambut saya n aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambil gambar dan video untuk saya, peneman untuk buat TiktTok, teman saya pergi shooting, dan siap boleh bertukang di rumah.

Pembantu rumah serba boleh

Eina Azman pada masa yang sama menyifatkan Mega sebagai pembantu rumah yang serba boleh dan pemergiannya secara tidak langsung memberi kesan yang agak mendalam buat mereka. Bila Mega dah balik ini rasa macam lost kejap, sebab saya dah tak ada teman nak bergaduh dan marah. Saya rindu nak kenakan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu dan last sekali kita dua akan menangis sebab dua-dua hati tisu.

Memang betul boleh ambil bibik baru. Tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya mega hmmm… mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur dan marah kamu. Dalam pada itu, pelakon cantik ini turut memohon maaf kepada bekas pembantu rumahnya seandainya terkasar bahasa dan berharap Mega bahagia berada di kampung serta menjaga diri. Tapi saya nak kamu tahu yang saya sayang kamu Mega. Tugas saya dan dato sebagai mak bapa kamu di Malaysia dah selesai. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care mega. Sumber, oh bulan