Lebih memilih lelaki yang bersederhana, Sherry Alhadad akui tiada masa untuk mencari jodoh kerana sibuk

Umum lagi memang kita kenali dengan pengacara wanita popular ini. Menurut Sherry, dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan sering berjumpa dengan kumpulan orang yang sama. Pengacara popular, Sherry Alhadad akui masih belum berjumpa lelaki sesuai yang boleh dijadikan calon jodohnya.

Sherry Selalu Jumpa Orang Sama

Menurut Sherry, dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan sering berjumpa dengan kumpulan orang yang sama. “Nak mencari jodoh setakat ini memang susah sebab saya kerja, tiada masa. Selalunya saya akan jumpa dan berkumpul dalam kitaran atau kumpulan orang yang sama, setakat ini masih belum jumpa orang baru yang boleh dijadikan calon jodoh,” katanya.

Saya seorang yang tak cerewet

Sherry menambah, dia juga tidak cerewet dalam memilih kriteria lelaki termasuklah bidang kerjaya sama ada dalam industri hiburan ataupun tidak. “Saya tak kisah kalau bakal jodoh saya itu orang dalam industri hiburan ataupun bukan, kalau orang luar bidang macam kita bimbang tak faham cara kerja, kalau sesama dalam industri bimbang kedua-duanya sibuk pula. “Saya orang yang sangat bersederhana, orang yang saya suka juga sederhana asalkan dia ada tanggungjawab, hormat orang tua dan paling penting pandai berkomunikasi. Komunikasi yang baik boleh selesaikan masalah yang datang.

Katanya lagi “Saya suka orang yang ‘simple’, saya tak suka lelaki yang tiba-tiba nak cerita pasal duit berkepuk lah, apa lah,” katanya ketika ditemui di Sidang Media drama siri lakonannya, The Maid 2 di The Agam, Sungai Penchala pada Selasa. Selain Sherry, The Maid 2 masih mengekalkan pelakon sama seperti Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Eida Moin dan ramai lagi. Selain itu, drama bersiri kegemaran ramai itu juga menampilkan beberapa watak baru yang dipegang oleh Marsha Milan, Sean Lee dan beberapa lagi pelakon lain. Sumber, murai