Sekarang ni hampir 24 jam sakit tapi tetap juga bekerja, terkejut ini keadaan terkini Zamani

KEADAAN terkini penyanyi Zamani Slam kelihatan semakin merosot dan perlu menjalani operasi Skoliosis dengan kadar segera. Ujar Zamani, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja. Zamani bakal menjalani operasi tulang belakang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan masih menunggu tarikh temu janji daripada pihak hospital dalam masa terdekat ini. “Mengenai kesihatan saya yang terbaru agak kurang baik buat masa ini, cuma saya masih lagi keluar bekerja. “Selagi mampu untuk bekerja dan saya akan lakukan walaupun keadaan diri sekarang ini hampir 24 jam sakit. “Perut saya, belakang badan memang sentiasa sakit tapi saya hanya mengambil ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain yang doktor beri. “Mungkin kalau tidak ada aral melintang, saya akan jalani satu operasi dan sampai waktu untuk saya lakukannya,” katanya pada mStar. Sumber, MSTAR ONLINE

Aznil Terkedu Bila Tengok Keadaan Terkini Zamani, Padahal Semalam Baru Je Jumpa. Nama penyanyi Zamani adalah nama yang cukup besar di era 90-an. Namun, dugaan menimpa dirinya apabila keadaan fizikal Zamani yang semakin ‘bengkok’ kerana penyakit skoliosis yang telah memberi kesan terhadap tulang belakangnya. Terkini, pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara terhadap keadaan yang menimpa pelantun Syair Si Pari-Pari itu. Menerusi hantaran di Instagram, Aznil dilihat memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita yang dirakam pada 6 bulan lalu ketika program Karaoke Superstar dan menyatakan badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang. “Rakaman ini 6 bulan lalu. Badan Zamani tidak seperti yang kelihatan sekarang.”-Kata Aznil

berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan Zamani, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan doa agar Zamani Slam segera diberi kesembuhan. “Cepat betul perubahannya. Paknil dan team #karaokesuperstar mendoakan agar @zamanislam_official segera diberi kepulihan seperti sediakala. Amin.”-Kongsi Aznil. Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut menitipkan doa buat Zamani Slam agar cepat sembuh. Malah, terdapat warganet yang mendedahkan bahawa tubuh badan Zamani kini semakin ‘bengkok’ dengan teruk. “Semoga cepat sembuh dan ada pihak sudi membantu abg zamani kita ni. Semua sayang abg zamani.” “Baru jumpa dia semalam. Memang makin teruk bongkok dia sekarang ni paknil.” “Syafakallah buat Zamani. Semoga dikurniakan dengan kesembuhan & sentiasa dalam jagaan Allah. Aamin Ya Mujib.”

Terdahulu, pernah tular video Zamani yang menjayakan persembahan dalam keadaan ‘bengkok’ pada majlis Berbuka Puasa ‘Buffet Rustic’ bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada April lalu. PENYANYI Zamani Slam akui dia kini masih aktif menyanyi meskipun mempunyai sedikit masalah kesihatan. Bagaimana pun, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 47, berkata dia sudah lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen. “Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa tetapi untuk acara di luar dan korporat. “Cuma saya akui saya sudah lama tidak menyanyi dan keluar dalam mana-mana program TV. “Lagi pun saya ada masalah kesihatan,” katanya kepada Gempak. Mengulas mengenai kesihatannya pelantun lagu Gerimis Mengundang itu memberitahu dia kini mempunyai masalah tulang belakang.

“Fizikal saya yang semakin kurus dan membongkok ini kerana saya menghidap masalah tulang belakang. “Saya akui kesan salah guna bahan terlarang suatu ketika dulu menyebabkan tulang saya membengkok. “Saya masih menerima rawatan susulan, cuma saya sudah tidak mengikuti rawatan fisioterapi seperti sebelum ini,” dedahnya. Bagaimanapun, Zamani yang pernah terlibat dengan gejala bahan terlarang, berharap tiada pandangan negatif daripada orang ramai terhadap keadaan fizikalnya itu. “Saya harap tiada pandangan negatif bila orang tengok keadaan saya begini. “Ini kerana bila orang lihat saya begini, mereka tanya adakah saya masih mengambil benda yang tidak elok itu. “Tapi, apa-apa pun saya tidak boleh hendak menghalang apa jua yang mereka katakan,” luahnya lagi. Sumber, Murai, astroawani.com