Sedihnya bila tengok rumah peninggalan Sudirman, cuma tinggal tangga batu je

Artis

” Sedih.. Sedih.. Sedih..tiap-tiap hari lalu jalan Kg. Gantok ni pasti menoleh ke arah tapak rumah Allahyarham.. Selalu terpikir kenapa dibiarkan rumah seniman ini terbiar begitu saja..” Itu antara komen warganet yang juga penduduk setempat susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi tersohor negara, Allahyrham Datuk Sudirman Hj. Arshad. Menerusi hantaran di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia itu membesar, berada dalam keadaan amat menyedihkan. Siapa sangka, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu dulunya sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan kini hanya tinggal tangga batu untuk menyambut pelawat yang mengunjunginya.

Ibarat harimau mti tinggalkan belang, manusia mti tinggalkan nama. Namun pepatah ini bagaikan tidak bermakna apabila melihat keadaan rumah Allahyrham. Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung teratak kayu itu tersergam indah dan Allahyarham sering merakam memori di rumah itu. ”Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang. ” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebkran pada tahun 2008. ”Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini. ”Jika tidak di peringkat Persekutuan sekurang-kurangnya mungkin Kerajaan Negeri kelahirannya Pahang berusaha untuk memulihara sebagai tanda penghargaan kepada tokoh yang telah berjasa untuk negeri Pahang dan juga negara,” catat pengendali akaun Facebook itu. Tinjauan Malaysiapost di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan perasaan sedih dan terkejut apabila melihat keadaan rumah penyanyi Malaysia pertama yang mencipta nama di Albert Hall, London itu.

Dah macam hutan belukar

Terdapat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara. ”Rumah P. Ramlee kerajaan usahakan.. Sepatutnya rumah Sudirman pun kna usahakan juga.. ”Hari tu ada viral masjid di area raub atau lipis yg menjadi tempat perjumpaan para pejuang pahang yang terbiar. Hari ni viral lagi rumah lagenda Sudirman yang terbiar. ”Sepatutnya benda macam ni boleh jadi bahan sejarah yang Bernilai tinggi untuk dilihat dan dilawati oleh rakyat seantero dunia yang mengetahui kisah sejarah tokoh-tokoh ini. ”Sekarang ni keadaan rumah tu dah macam hutan belukar langsung x nampak jalan masuk ke rumah Sudirman tu” tulis warganet. Mohamad Aliff Fikram menunjukkan keadaan rumah Allahyarham Datuk Sudirman yang kini dipenuhi semak-samun selepas terbabit dalam kebakaran pada 2008. – Foto Sinar Harian

Rumah Sudirman membesar kini terbiar

Tinjauan media ke lokasi kediaman Allahyarham Sudirman yang membesar di rumah itu pada Isnin mendapati rumah tersebut hanya tinggal beberapa struktur batu antaranya tangga. Seorang lelaki yang tinggal berdekatan rumah tersebut, Mohamad Aliff Fikram Bahari, 31, ketika ditemui berkata, keadaan rumah Allahyarham Sudirman itu kini dipenuhi belukar dan semak-samun menyebabkan tiada ramai orang yang tahu lokasi rumah tersebut. “Mungkin ada orang yang tidak berani masuk ke kawasan kediaman itu kerana keadaan semak-samun tersebut. “Sebelum terlibat kebkrn pada 2008, rumah tersebut masih boleh dilihat,” katanya. Menurut Mohamad Aliff Fikram, dia baru berusia setahun ketika penyanyi tersohor itu pergi menghadap illahi pada 22 Februari 1992.“Ada pelajar universiti pernah datang ke sini (rumah Sudirman) untuk buat kajian ilmiah. Saya berpandangan, mungkin kira-kira dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Embun, Rahman Omar berkata, perancangan membaik pulih rumah itu pernah dibangkitkan bersama beberapa pihak namun tidak dapat diteruskan. “Saya sendiri terkilan kerana usaha membaik pulih bagi mewujudkan satu monumen khas untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad terhenti sekerat jalan,” katanya. Menurut Rahman, usaha itu dibangkitkan lebih 15 tahun lalu kerana rumah berkenaan boleh menjadi tarikan peminat Allahyarham Sudirman di seluruh negara. “Allahyarham adalah ikon terkenal dan kebanggaan negara dan Pahang khususnya. Jadi, memang patut ada monumen seperti Rumah P Ramlee. “Bagaimanapun usaha membaik pulih rumah itu perlu mendapat kebenaran daripada keluarga Allahyarham Sudirman,” katanya. Allahyarham Sudirman mengharumkan nama negara sepanjang kariernya sebagai penyanyi. Sumber, trendingsangat