Mohon warganet tidak kenenkan dengan rakan industri, Shuib rasa tidak manis berbicara hal itu

Umum memang sudah kita ketahui dengan pelawak popular ini. Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu sedar ada segelintir nwarganet yang cuba ‘menjodohkan’ dia dan rakan artis Zara Zya selepas sepotong video mereka di Instagram viral baru-baru ini. Sungguhpun begitu, Shuib menjelaskan yang agak tidak molek untuk berbicara tentang perkara tersebut memandangkan belum setahun arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin meninggalkan dia sekeluarga.

Katanya lagi “Zara Zya, manis orangnya. Itu sahaja yang boleh saya ulas mengenai dirinya. Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan pada waktu ini. “Saya sedar yang warganet dan orang ramai nak ‘kenenkan’ saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masanya lagi. “Bagi saya, seperti tidak manis untuk asyik berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah isteri meninggal dunia belum setahun lagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, warganet khususnya pengikut Shuib seakan-akan merestui jika Shuib dan Zara bertemu jodoh pada masa akan datang. Selain itu, Zara Zya juga dilihat ada memuat naik tangkap layar artikel yang menunjukkan bahawa warganet suka melihat aksi mereka berdua di laman sosial. Terdahulu, Sarah melahirkan cahaya mata keempatnya menerusi pembedahan pada 6 Ogos tahun lalu dan diberi nama Ayash Affan. Sarah disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 9 Ogos tahun lalu. Sumber, gempak

Tular Video Mesra Zara Zya Dengan Shuib, Akhirnya Ini Pengakuan Dari Zara Zya. Ramai yang tertanya tentang posting antara dua selebriti terkenal iaitu Shuib Sepahtu dan juga Zara Zya. Shuib dilihat agak mesra dengan Zara Zya sehingga pertemuan mereka baru-baru ini, Shuib siap menghantar Zara Zya ke kereta lagi. Sebenarnya memang jarang sekali Shuib muatnaik sebarang posting tentang wanita lain, dan apabila gambar Zara Zya dimuatnaik, dah tentu ramai yang tertanya. Dilihat pada komen serta respon warganet, memang ramai yang menyokong dan seakan suka dengan hubungan antara dia selebriti yang berstatus single ini. Dikatakan mereka berdua ni secocok, sama popular dan mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan. Menjawab komen dari warganet yang mahu tahu hubngan antara mereka berdua, akhirnya Zara tampil memberi kenyataan.

Zara Zya memberitahu dia dan Shuib Sepahtu hanyalah sahabat saja, dah lama berkawan. Perjumpaan antara dia dan Shuib tempoh hari adalah lebih kepada kerja. “Orang luar dan warganet ni memang champion la kalau bab nak jodohkan orang lain. Memang laju mereka ni buat kerja. Mana ada saya jalin hubngan dengan Shuib, tak de lah.” “Kami jumpa hari tu pun kerana kami ada urusan yang perlu dibincangkan. Kami bukan bercinta atau keluar dating ke apa.” Itu jawapan serta kenyataan dari Zara Zya tentang hubngannya dengan Shuib. Tidak diketahui apakah perbincangan kerja yang dibuat antara Shuib dan Zara Zya, dan ramai beranggap, ini mungkin bincang untuk buka outlet air minuman Shuib iaitu Bubble Bee. Diimbas kembali, sebelum ini ramai yang gembira dan setuju sekiranya Shuib dan Zara menjalin hubungan dan mengenali dengan lebih rapat. “Kalau mereka berdua ni, memang saya setuju. Kasi jadilah Shuib Sepahtu dengan Zara Zya ni, kami setuju. Kamu berdua nampak serasi dan secocok sangat dah ni.” Sumber, OhBulan