Masih pegang prinsip tidak mahu jadi hipokrit, Ifa Raziah akui bukan mudah puaskan hati orang

Umum memang kita kenali selebriti sensasi ini. Ifa akui bukan semua orang boleh memahami dirinya. Apa sahaja yang dilakukan Ifa Raziah pasti mengundang kritikan namun selebriti dan usahawan itu menjelaskan tidak semua orang menerima atau memahami dirinya melainkan mereka yang benar-benar rapat dengannya. Lebih 27 tahun bergelumang dalam bidang seni, Ifa atau Saripah Raiah Mustapha, 46, berkata, formulanya adalah mudah iaitu tidak pernah bersikap hipokrit dan selesa menjadi dirinya sendiri. “Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka dan outspoken.

Ifa malas layan kritikan warganet

Katanya “Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana. “Cuma orang di luar industri, warganet dia tak faham. Kalau baru je nak kenal, akan mula suka dengan Ifa Raziah,” kata Ifa kepada mStar. Sebelum ini, Ifa Raziah meluahkan rasa ralat selepas dikritik warganet susulan satu rakaman video siaran langsungnya dimuat naik kembali oleh pengguna media sosial.

Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita

Potongan video yang sudah diedit itu mencetuskan perdebatan selepas dia mendakwa sudah tiga kali pergi mengerjakan umrah meskipun belum berhijab. Selepas isu tersebut, Ifa sekali lagi dikritik warganet gara-gara video memperlihatkan usahawan sensasi yang dikenali sebagai Kak KM memukul punggungnya dan beberapa rakan selebriti lain termasuk Datuk Seri Vida. Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga tidak mampu menepis sekiranya ada yang cuba menghangatkan isu melibatkan dirinya kerana sedia tahu tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Ifa tak mampu puaskan hati warganet

Katanya “Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita. Adakalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka. “Jadi kita layan sahaja. Kalau kata nak suka, atau nak cipta isu jadi viral, biarlah… Tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan dari saya. “Janganlah ingat dengan pandangan warganet sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi. Bagi mengelakkan salah faham, Ifa turut meminta orang ramai membaca atau menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi dan tuduhan tidak berasas apabila membabitkan sesuatu isu trending. Sumber,mstar