Sempat jumpa 2 hari sebelum pergi menghadap illahi, Norlia Ghani dedahkan detik terakhir jumpa dengan Hamid Gurkha

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Norlia Ghani berkongsi detik akhir pertemuannya dengan Hamid Gurkha, dua hari sebelum pelawak itu menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. Norlia, 74, ketika dihubungi berkata, Hamid sempat bergurau dengannya pada ketika itu, namun, tidak terlalu banyak bercakap. “Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah dua hari sebelum dia pergi menghadap illahi. Saya sempat menziarahinya di rumah dan dia sempat bergurau dengan saya. “Dia minta duit raya dan saya pun berikan duit raya kepadanya. Saya pesan kepadanya, jangan beli aiskrim,” katanya kepada Harian Metro. Pernah bergandingan dalam filem Sikit Punya Gla yang ditayangkan pada 1982, Norlia menganggap Hamid seperti abangnya. “Saya dan dia sama-sama orang Klang dan sejak saya kecil lagi, saya dah kenal Hamid sebab dia kawan baik bapa saya. Dulu, saya panggil dia pakcik, tapi bila dah berlakon bersama, saya panggil dia abang.

“Dia umpama abang kepada saya dan selalu mengambil berat. Kalau ada apa-apa program pun, kami kerap bergandingan selain berlakon bersama. “Kalau ada program bersama, dia akan bawa cekodok masakan isterinya, Kak Timah sebab dia tahu saya suka cekodok. Memang isteri dan anaknya terutamanya yang bongsu, kenal dengan saya,” katanya. Antara babak dalam filem Sikit Punya Gila lakonan Norlia bersama Hamid. Terbaharu, Norlia baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telefilem berjudul Terbuka Pintu Syurga arahan pengarah Rashid Sibir. Sebuah filem arahan Raja Ismail yang diterbitkan pada tahun 1982. Ditunjangi oleh Dharma Harum, Hamid Gurkha, Norlia Ghani, Pak Ibrahim Pendek, Yusni Jaafar dan Nora Shamsudin.

Mengisahkan kehidupan dua orang pemuda yang bersahabat baik, iaitu Dharma dan Hamid. Mereka hidup serba sedarhana dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. Mereka mempunyai tabiat suka menikam “nombor ekor” dan bermacam jenis judi yang haram disisi agama. Tabiat buruk ini, menyebabkan rezeki mereka semakin sempit. Telatah Pak Hamid Gurkha dan dan Pak Ibrahim Pendek, berjaya mencuit hati penonton. Sikit sebanyak, filem ini menggamit kenangan arena filem pada awal tahun 80an. “Dia selalu nasihat dan akan cakap kepada semua anak-anak untuk jaga mak baik-baik, jaga hubungan silaturahim sesama adik-beradik,” kata anak bongsu Hamid Gurkha, Nor Ashita, 47, ketika ditemui selepas majlis pngbmian pelawak legenda itu di Tanah Islam Jalan Sungai Jati, di sini, malam tadi.

Menurutnya, nasihat daripada Hamid agar sentiasa menjaga hubungan sesama ahli keluarga sentiasa menjadi pegangan dan ingatan dalam dirinya. Nor berkata, bapanya tidak mahu mereka adik-beradik brblah atau berpecah belah. Menurut Nor, ahli keluarganya masih terkejut dengan pemergian Hamid kerana ia tinggalkan kesan begitu mendalam buat mereka. “Kami reda, ini semua kerja Tuhan, masanya pun sudah sampai. Kami terima saja. “Cuma, kami terkilan sangat masa dia pergi kerana tak dapat bersama-sama dengan dia sebab tak boleh masuk wad pengasingan (isolatioan ward) itu. Jadi, bila doktor kata dia dah tak ada memang kami rasa satu tamparan sebab sebelum ini kami selalu ada dengan dia. Namun, keluarga saya tetap reda, sebab masanya sudah sampai,” katanya.

Menurut Nor, Hadalah bekas tentera, namun ketegasan seorang tentera itu sama sekali tidak terpakai dalam mendidik anak-anak, sebaliknya membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. “Dia sentiasa rapat dengan keluarga, walau sakit macam mana pun dia mesti panggil anak dan isteri. Walaupun dia bekas askar tapi dengan anak dan cucu dia biasa saja. Nak kata garang sangat pun tak juga dia biasa saja, hanya seorang bapa yang sayangkan keluarga,” katanya. Hamid diuruskan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, di sini, jam 9.50 malam dengan dihadiri lebih 300 orang termasuk keluarga dan kenalannya. Allahyarham sebelum itu disahkan pergi menghadap illahi pada jam 2.19 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain. Terdahulu, Hamid sebelum itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.19 petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

KREDIT: HMETRO