Buntu cari langkah sembuhkan anak dari batuk dan selesema, Ini perkongsian dari doktor untuk atasi masalah berikut

Kalini seorang doktor tampil beri penjelasan jika anak alami sakit seperti batuk dan selesema. Dr Mazliana menjelaskan pemakanan yang sihat penting untuk proses penyembuhan ketika kanak-kanak mengalami masalah kahak. Sebagai ibu bapa, pasti berasa resah apabila bayi atau anak-anak mereka mengalami masalah kahak akibat daripada batuk dan selesema yang berterusan. Melihat mereka merengek dan berada dalam keadaan tidak selesa memang menyedihkan. Persoalannya adakah terdapat cara tertentu untuk menghilangkan kahak bayi.

Berkongsi mengenai perkara itu, doktor perubatan, Dr Mazliana Mazlan menjelaskan perkara utama yang ibu bapa boleh lakukan adalah mengelakkan makanan jenis ultra proses kerana ia penggalak kahak. Makanan ultra proses adalah yang sudah diproses serta ditambah dengan food addivities seperti gula, garam, lemak, perasa dan sebagainya.

Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka selesa ketika mengalami masalah selesema dan kahak

Contoh makanan ultra proses adalah ais krim, nuget, mi segera, minuman ringan, kicap, bijiran berperasa dan sebagainya. Jelas Dr Mazliana, makanan juga boleh menjadi ejen pencair kahak jika dibuat dengan betul seperti singgang ikan dan sup ayam. Juadah seperti ini katanya, boleh dipelbagaikan dengan mencampurkan ramuan ‘pemusnah kahak’. Dr Mazliana turut berkongsi enam jenis makanan yang boleh mengurangkan masalah kahak kanak-kanak.

Pertama ialah ikan, Kandungan omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan keradangan dalam badan kanak-kanak. Juadah bersup cukup baik untuk anak yang tidak sihat. Bawang,Allium dalam bawang sebagai anti-keradangan untuk mengurangkan penghasilan kahak. Makanan tinggi fiber, Buah-buahan dan sayuran seperti sayur hijaum nanas dan pir tinggi dengan fiber untuk membantu mencairkan kahak. Kalsium, Dalam sayur capsicum terdapat capsaicin iaitu unsur kimia yang membantu mengurangkan kahak. Air, Ia wajib menjadi ‘kawan baik’ anak apabila mengalami batuk kerana air yang cukup akan membantu memecahkan dan mencairkan kahak.

Kandungan omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan keradangan dalam badan kanak-kanak.

Boleh juga mengambil air kelapa sebagai kepelbagaian dalam diet anak ketika tidak sihat. Sup – Makanan bersup dengan ramuan tinggi nutrisi boleh mengurangkan masalah kahak. Ia makanan utama yang perlu dihidangkan apabila anak-anak tidak sihat. Jelas Dr Mazliana, pemakanan bukan ubat tetapi ia boleh membantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul. “Banyakkan ‘real food’ untuk anak-anak dan sebaik-baiknya jauhkan makanan proses daripada mereka,” katanya. Sumber, mstar