Rupanya Fazley Yaakob pernah bersekolah di sekolah luar negara, Los Angeles antara salah satunya

Baru baru ini ruangan komen dibanjiri dengan komen warganet sehingga bertukar menjadi reunion sekolah di hantarannya. Penyanyi, pelakon dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob membuat perkongsian mengimbas kembali zaman persekolahannya dahulu. Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Fazley dilihat memuatnaik fotonya ketika berusia 13 tahun dan sempat berseloroh terhadap wajahnya yang ‘nerd’ ketika di bangku sekolah. “BUDAK #STJOHNS?? Tengoklah muka saya umur 13 tahun. #nerd habis hahaha. “-Seloroh Fazley

Pernah Bersekolah di Indonesia & Los Angeles

Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi mengenai dirinya dahulu yang pernah bersekolah di banyak sekolah termasuklah Indonesia dan Los Angeles. “Saya lahir di Negeri Sembilan, bersekolah di Jakarta International School di Jakarta dan kemudian ke Vermont Avenue School di Los Angeles, kemudian balik Malaysia ke SRK Jalan Peel kemudian ke Maktab Yayasan Pelajaran Mara Bangi dan akhirnya ke St. John Institution Bukit Nenas. Ada tak kenalan yang mungkin pernah jadi schoolmate saya? Tag mereka please?”-Kata Fazley

Senior Saya

Dalam pada itu meninjau ruangan komen, ia dibanjiri dengan pelbagai reaksi warganet sehingga bertukar menjadi reunion sekolah. “Kita geng! Both 5J and rumah Gilbert!” ,“Me too, your school and also classmate.” “Hi Dato, ni kawan dato kan masa kat St John dulu, main bola sama-sama.” “Hi classmate 1 Neptune!! Kenal u 1 sem je. Lepas tu u pindah. Loss contact terus. Sekarang jadi follower u aje la.” “Senior saya 👏👏👏👏🙌.” Sekadar info, nama Fazley sebelum ini menjadi tumpuan ramai selepas terdapat warganet yang mempersoalkan wajahnya yang menjadi muka depan beberapa jenama terkenal di Malaysia seperti Starbucks, Manhattan Fish Market, Tony Roma’s dan lain-lain. Sumber, murai