Tidak peduli digelar Hero Tua, Bersyukur semakin berumur makin laku

Tahukah anda pelakon ini hampir dua dekad bergelar anak seni, pelakon Ashraf Muslim tidak tenggelam dengan kemunculan ramai pelakon baharu sama ada di kaca televisyen atau layar perak.

Makin tua makin matang

Menurut Ashraf, dia tidak kisah digelar hero tua kerana apa yang lebih penting adalah lakonannya memberi impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton. Kata aktor berumur 41 tahun ini, usia hanya nombor dan itu bukan penghalang untuk menjadi pilihan penerbit dan pengarah. Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan. Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industri seni tanah air.

Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda. Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan.

Watak ustaz

Mengulas mengenai filem baharu, Musyrik-Api Neraka Menantimu!, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan. Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama. Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.

Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini. Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik-Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. Filem Musyrik-Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube WhiteMerpatiMovies. Sumber, oh bulan