Anas Zahrin tampil beri nasihat pada peminat Neelofa dan Che Ta tentang isu inai, Sekali ini kata kata berani dari Anas

Siapa tak kenal dengan usahawan pemurah Anas Zahrin ini. Sahabat baik kepada artis popular Neelofa dan Rozita Che Wan, Anas Zahrin bersifat terbuka dan sentiasa menyokong perniagaan yang diusahakan oleh kedua-dua teman baiknya itu. Umum sedia maklum figura hebat Neelofa dan Rozita Che Wan kini sedang mempromosikan jenama inai masing-masing yang menerima sambutan hebat oleh penggunanya. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Anas di Instagram Story miliknya, dia menyifatkan dalam dunia ini pintu rezeki setiap manusia telah ditentukan dan jangan sesekali berasa hebat andai mempunyai perasaan dengki.

Katanya lagi “Kalau nak cari inai konsep dark brown boleh cari inai dari Neelofa dan kalau nak cari inai warna dark maroon oren boleh cari inai Che Ta (Rozita Che Wan). “Setiap orang ada cita rasa masing-masing, dalam dunia ini ada 1001 pintu rezeki yang mana kita boleh berbagi dan berkongsi rezeki pun. “Takkan nampak hebat pun kita dengan jatuhkan orang lain. Rezeki Allah sangat luas, Rezeki Allah ada untuk mereka yang berusaha. “Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Jangan kita dok gaduh itu ini,” tulis Anas. Terdahulu, kecoh di laman sosial yang menbandingkan kualiti kedua-dua produk tersebut dan wujud beberapa pihak yang mengatakan hasil pengunaan yang kurang memuaskan. Sumber, gempak

Mahu Anak Membesar Seperti Kanak Kanak Normal, Neelofa Tampil Dedah Sesuatu Tentang Wajah Anak. Umum lagi kita ketahui keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak menerima pelbagai reaksi. Ada bersikap terbuka hati tetapi tidak kurang juga wujud individu yang tidak senang dengan tindakan selebriti terkenal Noor Neelofa.

Boleh melangkaui takdir

Biarpun banyak mulut yang bercakap di belakang, Neelofa menganggap pihak terbabit seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ain. Kata Neelofa, 33, dia dan suami, pendakwah Haris Ismail tetap dengan pendirian untuk mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal. Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya sebenarnya mungkin boleh melangkaui takdir. Saya buat ini walau orang kritik macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Beri masa sedikit

Tambah bekas hos program MeleTOP, dia tidak berniat untuk menyembunyikan wajah Bilal tetapi menunggu masa yang sesuai. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit. Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perlahan-lahan kongsi wajahnya,

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengakui dia turut mendapat sokongan positif daripada rakan artis antaranya pelakon dan pengacara Elly Mazlein. Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa. Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga.

Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan). Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Sumber, oh bulan