Kawan dah minta saman dari awal lagi, terkejut sekali ini pulak respon Puteri Sarah Liyana

Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma berkongsi pandangan mengenai polemik rumah tangga antara Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan juga individu yang didakwa sebagai orang ketiga, pelakon Ira Kazar. Menerusi hantaran di Instagram Story, Aizatul berkata, dia pernah mencadangkan agar Puteri Sarah menyaman pihak ketiga berkenaan, namun, jawapan yang dipulangkan semula kepadanya cukup membekas di hati.

“Jadinya aku rasa warganet perlu tahu seketul Puteri Sarah ni macam mana. Dia bukan meroyan tapi dia pertahankan diri dia sendiri. Ingat lagi dulu I tanya Sarah ‘Kenapa kau tak nak saman dia nok? Makin lama kau biar, makin dia pijak kau’. “Terkejut dengar jawapan dia, salah satunya: ‘Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, siapa nak tanggung family dia weh’,” tulis Aizatul. Dalam masa yang sama, Aizatul juga memberitahu yang Sarah merupakan seorang yang sangat baik dan sering menjaga hati orang lain. “Sarah yang I kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksalah dia buat macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu.

“Orang ambik laki dia, buat fake akaun banyak-banyak torture mental dia hari-hari for 4 years tapi dia masih fikir bapak malaun tu sakit, siapa nak tanggung family dia nanti. Aku kena jaga aib suami aku. “Kalau aku, aku tak sesabar and kuat macam kau nok. Habis aku ganyang rempit rohingya tu. Jaga diri nok, aku yakin kau dah happy. Kau dah tak tanggung sorang-sorang dah, semua orang doakan kau @puterisarahliyana.” Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber, Gempak

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.