Rupanya ini perkara buruk yang sering kita lakukan tetapi ada kebaikan darinya

Gosip dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Sama ada sedar atau tidak, antara kita pasti mempunyai tabiat buruk. Segelintir orang mungkin mengeluh tentang tabiat buruk anda, tetapi kini anda boleh mengatakan sebahagian daripadanya mungkin baik untuk anda. Ternyata beberapa kelemahan atau tabiat buruk kita boleh membawa kebaikan kepada kesihatan, menurut pakar. Menurut The Sun, terdapat beberapa tabiat buruk yang dikatakan oleh saintis boleh memberi lebih banyak kebaikan kepada anda daripada keburukan. Berikut adalah beberapa tabiat buruk yang sebenarnya memberi kebaikan kepada kesihatan anda:

Tidak kemas

Mungkin tidak ramai orang yang mengaku menyukai orang yang tidak kemas, tetapi ia sebenarnya boleh menggambarkan anda seorang yang bijak. Jika si kecil anda meninggalkan barang-barang di sekeliling rumah, ada kemungkinan mereka seorang yang genius. Ini kerana menurut Universiti Minnesota, bersikap sedikit tidak kemas dilihat sebagai tanda kepintaran.

Datang lambat

Kebiasaannya akan ada seseorang yang tidak menepati masa, dan jika ini adalah tabiat anda, maka anda kini mempunyai sebab bersikap demikian. Lain kali jika ada yang marah kerana anda tiba lewat, anda boleh memaklumkan mereka bahawa orang yang easy going berkaitan dengan masa berkemungkinan kurang tertekan. Ia turut dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard. Jadi, kemungkinan besar jika anda sering lewat, anda mungkin seorang yang lebih ceria.

Tidur lama

Walaupun mungkin ada yang tidak gemar dengan tindakan anda sering menukar masa tunda pada jam penggera, ini memberi kebaikan kepada kesihatan anda. Pakar memberitahu bahawa tidur lebih lama didapati dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan ingatan anda. Tidur yang tidak mencukupi pula meningkatkan risiko serangan jantung.

Main rambut

Mengusik rambut anda dikatakan dapat membantu menghilangkan kebosanan. Pada 2014, satu kajian mendedahkan bermain dengan rambut sendiri boleh mengatasi kebosanan apabila anda gagal menumpukan perhatian. Ia juga boleh membantu mengurangkan kebimbangan. Kencing ketika mandi, segelintir orang mungkin menganggap ini sebagai tabiat yang kotor, tetapi ternyata ada kebaikan untuk kencing anda. Air kencing mengandungi asid urik dan ammonia, yang bermaksud membuang air kecil semasa mandi boleh mengurangkan peluang terkena jangkitan kulat pada kaki anda. Bagaimanapun, ia tidak begitu bagus jika anda mengalami luka. Ini kerana ia boleh menyebabkan anda mendapat jangkitan kuman.

Bergosip

Gosip dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Ternyata berbual baik dengan pasangan anda boleh merapatkan hubungan dan mencetuskan ketawa, yang membantu melepaskan hormon perasaan yang baik. Sumber, mstar