Rupanya ramai dah yang tertipu, Ustaz Kazim Elias dedahkan sesuatu tentang akaun ig beliau yang ada 1 juta follower

Penceramah bebas terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan akaun Instagram yang menggunakan nama @ustazkazimelias. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau menjelaskan bahawa akaun Instagram tersebut bukanlah miliknya. “Sila berhati-hati dengan akaun Instagram ini. Akaun Instagram ini tidak dikendalikan oleh DUKE dan teamnya. “Akaun Instagram ini bukan merupakan akaun official mahupun milik DUKE. “Sebarang hantaran (post) atau mesej peribadi (DM) atau tag dari akaun tersebut bukanlah daripada DUKE dan teamnya,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini. Sehubungan itu, beliau meminta kepada semua pihak untuk berwaspada dan mengabaikan akaun Instagram tersebut, selain tindakan undang-undang bakal diambil. “Laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyusul,” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu, beliau turut memuat naik sekeping tangkap layar (screenshot) akaun Instagram @ustazkazimelias dalam kenyataan itu. Merujuk paparan gambar tersebut, akaun tersebut mempunyai jumlah pengikut (follower) yang begitu tinggi iaitu kira-kira satu juta orang. Dalam masa sama, akaun berkenaan juga mengikuti (following) 106 akaun Instagram lain, bagaimanapun ia hanya mempunyai 121 hantaran sahaja. Sebaliknya, akaun Instagram sebenar milik Ustaz Kazim yang dikendalikan oleh pihaknya adalah yang menggunakan nama @datoustazkazimelias. Akaun Instagram sebenar tersebut memperlihatkan jumlah hantaran yang banyak iaitu 700 hantaran, selain mengikuti hanya 15 akaun lain. Bagaimanapun, akaun sebenar tersebut hanya diikuti oleh kira-kira 243,000 orang sahaja berbanding akaun palsu sebanyak satu juta orang. Sumber, Facebook Dato’ Ustaz Kazim Elias via Siakap Keli