Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Siapa sangka, hanya menyandang gelaran ibu tunggal selama 4 tahun, pelakon terkenal, Vanidah Imran kini kembali bergelar isteri kepada, Arifabillah Idris selepas kedua-duanya disatukan pagi ini. Tahniah kami ucapkan! Berikut kami rangkumkan 5 fakta pernikahan Vanidah Imran & Arifabillah Idris.
Beza Usia 6 Tahun
Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, jarak usia mereka beza 6 tahun, di mana Vanidah berusia 49, manakala suaminya Arifabillah lebih muda di usia. Mereka dinikahkan dengan sekali lafaz, Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, di sini sekitar pukul 12.12 tengah hari.
Arifabillah Merupakan Seorang Jurutera
Vanidah dan Arifabillah yang merupakan seorang jurutera mengadakan majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat. Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.
Sepakat Tidak Mahu Berkongsi Wang Hantaran
Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga. Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Vanidah Kunci Mulut
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah. Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya. “Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika. “Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,”ujarnya lagi.
Kedua-duanya Pernah Melalui Kegagalan Dalam Perkahwinan
Vanidah dan Arifabillah memiliki persamaan di mana dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak “Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata. “Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Untuk info, Vanidah merupakan bekas isteri kepada pelakon Rashidi Ishak yang mendirikan rumah pada 1 Oktober 2000. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15. Sumber, murai