Segan wajah berkumis, Ketahui bahan mudah untuk hilangkan misai wanita

Wanita yang mempunyai misai pasti berasa kurang yakin untuk tampil di khalayak. Alamak rupa paras cantik tapi sayangnya ada misai pula. Misai mungkin kebanggaan bagi seseorang lelaki namun bukan pada kaum hawa ya! Umumnya wanita yang memiliki misai atau jambang mengalami hirsutisme iaitu penghasilan hormon androgen khususnya testosteron. Wanita juga menghasilkan testosteron tetapi kebiasaannya dalam jumlah yang sedikit berbanding lelaki. Pun begitu, bukan sekadar jumlah testosteron ini yang akan menyebabkan pertumbuhan rambut pada wanita.

Selain waxing, misai juga boleh dihilangkan menggunakan bahan dapur.

Ia juga bergantung kepada tahap sensitiviti folikel rambut terhadap androgen dan insulin serta keseimbangan antara testosteron dengan hormon yang lain, seperti progesteron dan estrogen. Ada juga yang mengatakan faktor genetik mempengaruhi pertumbuhan misai pada wajah wanita. Namun jangan khuatir! Selain menggunakan waxing yang pastinya menyakitkan, tiga bahan dapur ini dapat membantu memudar dan menghilangkan misai pada wajah anda yang mulus itu. Ikuti kaedah Murnie Zaliana atau lebih dikenali sebagai ratu herba dalam merawat masalah tersebut. Caranya mudah sahaja iaitu menggunakan telur, lemon dan serbuk kunyit.

Petua yang diamalkan bagi menghilangkan bulu pada wajah.

Pertama Ambil putih telur sahaja dan campurkan dengan perahan lemon dan serbuk kunyit. Kedua gaulkan sehingga sebati dan kemudian sapukan pada bahagian bermisai. Ketiga biarkan selama 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Akhir sekali lakukan tiga atau empat kali seminggu bagi mendapatkan kesan terbaik! Ia juga boleh dilakukan pada bahagian berbulu yang lain seperti ketiak. Sumber, mstar