Rakyat kena kurangkan makan telur, terkejut sekali ini yang jadi dekat fb pengarah kpdnhep Melaka

Artis

UMUM mengetahui bermula 1 Julai, harga bagi beberapa barangan keperluan mencatatkan sedikit peningkatan dengan kerajaan menetapkan harga siling baharu untuk barang mentah seperti ayam dan telur ayam. Menerusi pengumuman kerajaan pada Rabu, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90. Sementara itu harga siling telur ayam pula naik antara 2 sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C. Kenaikan harga tersebut sudah semestinya mengundang reaksi yang pelbagai daripada warganet. Bagaimanapun, video memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka agar mengurangkan pengambilan telur berikutan harga baharu itu, sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. “Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah. “Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Melaka TV. Norena berkata kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, pada Jumaat. Sebahagian komen warganet yang menyelar kenyataan Norena. Ujarnya, rakyat perlu memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di seluruh negara ketika ini. “Sekarang ini kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasi tapi kita mohon sangat dengan rakyat terutama rakyat Melaka supaya faham, kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.

“Bukan Malaysia sahaja alami tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya lagi. Rakaman video berkenaan tular sejak semalam (Jumaat) di media sosial dan menerima kritikan hebat daripada masyarakat. Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana kenyataan tersebut yang disifatkan ‘dangkal’ dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. “Kenyataan seperti ini tak sepatutnya keluar dari seotang yang berstatus pengarah negeri. Ini bukan penyelesaian bagi rakyat. “Bagaimana pula dengan keluarga yang hanya mampu makan telur untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam? Statement bdh. “Kenyataan paling kelakar pada 2022,” demikian antara komen warga maya. FB Puan NORENA JAAFAR, Pengarah KPDNHEP Melaka, Hilang Dari Radar

“Penat aku dengan Malaysia sekarang” – Kotak telur pun dah kena caj, ramai bengang peniaga buat undang-undang sendiri. KETIKA ini, isu kenaikan harga barang menjadi topik utama yang hangat dibincangkan sama ada di media sosial mahupun kedai kopi. Bukan sahaja harga barangan yang semakin melambung, malah ada segelintir peniaga turut mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tertentu untuk mengaut keuntungan, sekali gus membuatkan rata-rata rakyat mengeluh ekoran situasi ekonomi semakin membebankan. Pada Sabtu, tular satu perkongsian oleh seorang pengguna yang menyuarakan rasa tidak puas hati gara-gara sebuah pasar raya yang dikunjunginya mengenakan caj 30 sen untuk penutup kotak telur!

Seorang pengguna membuat perkongsian di Facebook mengenai caj yang dikenakan untuk penutup telur. Pengguna tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan notis yang diletakkan di rak telur oleh pihak pasar raya bertulis ‘Perhatian, kotak telur kena bayar RM0.30 satu untuk kotak tutup atas’. “Penat aku dengan Malaysia sekarang,” demikian kapsyen yang ditulis mengiringi perkongsian tersebut. Bagaimanapun, pengguna tersebut tidak menyatakan lokasi pasar raya berkenaan secara spesifik. Susulan perkongsian tersebut, ternyata ia mengundang perdebatan hangat dalam kalangan warganet. Rata-ratanya marah dan kecewa dengan tindakan peniaga berkenaan yang sewenang-wenangnya membuat undang-undang sendiri yang tidak masuk akal.

Perkongsian tersebut mengundang rasa berang dalam kalangan warganet. “Bawa sendiri tutup telur dari rumah, tak payah susah-susah nak bayar 30 sen tu. “Plastik letak telur tak nak caj sekali ke? Thi ayam dekat kulit telur tak nak caj sekali ke? “Nak kotak telur satu bang, nak hempuk kepala kau,” demikian antara komen yang dilontarkan warga maya. Plastik letak telur tak nak cas sekali ke? Tahi ayam dekat kulit telur tak nak cas sekali ke? Malah, ada juga warganet yang berkongsi gambar memaparkan notis arahan tidak masuk akal di sebuah pasar raya lain bertulis ‘tolong ikat telur sendiri, baru bawa ke juruwang. Terima kasih’. Posting tersebut sehingga kini meraih sehingga 1,100 shares di Facebook. Untuk rekod, bermula 1 Julai, harga siling telur sudah ditetapkan pada kadar harga pasaran baharu iaitu telur gred A adalah 45 sen/biji, telur gred B pula 43 sen/biji manakala telur gred C ditetapkan 41 sen/biji.

Minggu lalu tular perkongsian seorang pengguna yang dikenakan caj upah memotong ayam. Minggu lalu kecoh apabila seorang pengguna berkongsi resit pembelian barang dapurnya, yang memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai adalah RM1 untuk setiap kilogram ayam yang dibeli. Pengguna berkenaan membeli seekor ayam segar seberat 4.06 kilogram dengan harga RM36.18, jadi dia perlu membayar caj upah potong ayam sebanyak RM4.06. Berdasarkan maklumat pada resit, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor. KREDIT, MSTAR