Tajul luah rasa sebak isteri tiba tiba tak boleh bernafas, Tajul mohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya

Umum memang kita kenali dengan penyanyi ini. Baru baru ini isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada awal pagi Selasa selepas tiba-tiba mengadu sukar bernafas. Berkongsi detik cemas yang berlaku, Tajul berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum isteri mengejutkannya dalam keadaan panik tidak dapat bernafas. “Ketika kejadian, saya sudah tidur dan tiba-tiba isteri kejutkan saya mengadu dia tidak boleh bernafas. Dia rasa seperti ada orang duduk di atas dadanya. “Tanpa berfikir panjang, saya terus bawa isteri ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Nurul Shamieza berkongsi keadaannya ketika menerima rawatan di hospital berkenaan di Instagram. Sementara itu, penyanyi lagu Izinkan Aku ini berkata, dia lega apabila isterinya tidak mengalami sebarang masalah serius dan sudah dibenarkan pulang selepas beberapa jam dibawah pemantauan doktor. “Sepanjang di hospital, doktor berikan ubat dan masukkan air. Syukur keadaan isteri sekarang semakin baik. Dia juga sudah dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya. Tajul dan Nurul Shamieza mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.

Fakta menarik Tajul ialah adik kepada penyanyi Achik Spin, Arwis Spin dan dan Khalis Real Spin. Anak bongsu daripada 10 adik-beradik. Pernah bergelar penyanyi nasyid bagi kumpulan Akhdan yang memperjuangkan lagu berkonsepkan kerohanian dan alunan zikir. Turut sama dianggotai Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri, serta berada di bawah label Hijjaz Records. Mula popular sewaktu bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music menerusi single solo pertamanya, Sedalam-Dalam Rindu pada tahun 2016, diikuti Melamar Rindu (2017), Hasrita (2018) dan Kembalilah Rindu (2018). Video muzik Sedalam-Dalam Rindu kini meraih lebih 27 juta tontonan di laman Youtube.

Pada Ogos 2018, Tajul menyertai program realiti terbaru Astro, ‘Big Stage’ yang merupakan pertandingan nyanyian di kalangan penyanyi muda. Turut serta ialah Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Andi Bernadee, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Baby Shima dan Wani Kayrie. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu kelima. Sumber, trending sangat

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.